suria

MSC 2022 berlangsung di Kuala Lumpur buat kali pertama, tawar hadiah 2 kali ganda berbanding tahun sebelumnya

Kejohanan MLBB MSC 2022 menawarkan hadiah wang tunai dua kali ganda daripada kejohanan sebelum ini.

KEJOHANAN Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Piala Asia Tenggara (MSC) bakal diadakan di Malaysia buat kali pertama pada 2022.

Selepas dua tahun, MSC akan berlangsung sebagai acara luar talian dengan kehadiran penonton secara fizikal.

Sebanyak 12 pasukan akan bermain dalam kejohanan di Kuala Lumpur dari 11 hingga 19 Jun untuk merebut hadiah kemenangan sebanyak AS$300,000 (RM1.27 juta), iaitu dua kali ganda lebih banyak dari tahun sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejohanan Majors MCP Free Fire kembali, hampir RM300,000 jadi rebutan musim ke-3

ARTIKEL BERKAITAN: Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Wanita pecah rekod tontonan tertinggi

Ini akan menjadi MSC pertama yang akan dimainkan di luar talian sejak 2019.

Pada 2020, kejohanan itu dibatalkan kerana pandemik Covid-19 manakala edisi 2021 dijalankan secara dalam talian.

Butiran lanjut tentang MSC 2022, termasuk tempat, tiket dan kempen dalam permainan, akan diumumkan kemudian.

12 pasukan itu akan dipilih daripada pertandingan serantau di seluruh Asia Tenggara.

Tahun lalu, Execration menewaskan Blacklist International 4-1 untuk dinobatkan sebagai juara Asia Tenggara 2021.

Kejohanan itu mencatatkan jumlah penonton tertinggi sebanyak 2.2 juta, menurut carta esports. -DOT ESPORTS

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain