suria

16 pasukan berentap dalam PMPL 2022, rebut hadiah wang lebih RM650,000

Sebanyak 16 pasukan daripada Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand akan bersaing dalam PMPL kali ini.

PUBG Mobile Pro League (PMPL) SEA Championship Spring akan diadakan di Pusat Pameran Pavilion Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada 10 hingga 12 Jun ini.

Kejohanan yang menawarkan wang kemenangan berjumlah AS$150,000 (RM659,640) itu akan menampilkan 16 pasukan termasuk Team Secret, Yoodo Alliance x 4Rivals, Dingoz Esports dan Farang Lejund dari Malaysia.

Mereka akan bersaing dengan pasukan dari Vietnam (Box Gaming, Dxavier, BN United, Eagle Esports), Indonesia (Ion Esports, Evos Reborn, Rex Regum Qeon Ryu) dan Thailand (Vampire Esports, Bacon Time, TEM Entertaiment, Hail Esports TH, The Infinity).

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil tak memuaskan, pasukan Secret umum lepaskan SumaiL

ARTIKEL BERKAITAN: Yoodo Alliance-4Rivals muncul juara Liga PUBG Mobile Pro, bawa pulang RM653,000

Semua pasukan akan berkumpul di venue untuk bersaing dalam 18 perlawanan sepanjang tiga hari.

Pasukan yang memperoleh mata terbanyak akan menjadi juara kejohanan.

Peminat e-Sukan boleh membeli tiket ke acara itu bermula 27 Mei hingga 9 Jun di ticket2u.

Bagi harga tiket pula, untuk tiket sehari ia berharga RM20 dan RM50 untuk pas tiga hari.

Acara itu dijangka bermula pada 2.30 petang pada 10 Jun.

Acara ini juga akan disiarkan secara langsung di platform Facebook dan YouTube PUBG Mobile Malaysia.

Team Secret memenangi Kejohanan PUBG Mobile SEA S4 pada bulan November lalu dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,800 (RM135,446), mengalahkan pasukan dari Indonesia dan Thailand. -TheStar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain