suria

Menakjubkan! Detik Ryu ‘Keria’ Min-seok T1 menangis menang anugerah Foto Esports Terbaik

Foto hasil bidikan Colin Young-Wolff yang memenangi anugerah 'Foto Esports Terbaik Tahun Ini'.

SEKEPING gambar menakjubkan daripada Kejohanan Dunia League of Legends 2022 memenangi anugerah 'Foto Esports Terbaik Tahun Ini'.

Menerusi Anugerah Esports 2022, imej tersebut dirakamkan oleh Colin Young-Wolff, pada grand final Worlds 2022, 5 November.

Ia menunjukkan Ryu 'Keria' Min-seok T1 menangis dengan Mun 'Oner' Hyeon-jun sedang memujuknya dan Lee 'Faker' Sang-hyeok melihat ke atas dengan reaksi terkejut.

Colin Young-Wolff merupakan seorang jurugambar bebas yang sering bekerja untuk Riot Games di acara Liga dan Valorant.

Dia hadir untuk Worlds tahun ini dan ternyata menggunakan kemahiran fotografinya dengan baik.

Foto berkenaan diambil sejurus selepas DRX memenangi perlawanan akhir menentang T1, sekali gus memperoleh Summoner's Cup pertama mereka sebagai satu pasukan.

Ia juga merupakan final antarabangsa kedua Ryu 'Keria' selepas turut tewas kepada RNG LPL di Mid-Season Invitational pada Mei.

Baru berusia 20 tahun, tidak hairanlah pemain sokongan muda itu menitiskan air mata selepas perlawanan yang begitu sengit. - dotesports.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain