suria

Croatia 1-0 Turki: Modric Rakam Sepakan Voli Terbaik

Modric (kiri) menjaringkan gol kemenangan buat Croatia ketika bertemu Turki Ahad malam.

CROATIA memulakan aksi pembukaan bagi Kumpulan D Euro 2016 dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Turki, Ahad malam.

Gol tunggal kemenangan itu dilakukan oleh Luka Modric empat minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Jaringan pemain tengah Real Madrid ini dianggap antara salah satu yang terbaik sepanjang kariernya menerusi sepakan voli dari jarak jauh.

Pun begitu, pasukan Croatia yang dibimbing Ante Cacic terpaksa bekerja keras mengekang serangan pemain-pemain Turki yang lebih banyak membuat hantaran silang berbahaya.

Dalam pada itu, keputusan jaringan gol Croatia mungkin berbeza sekiranya dua percubaan yang dibuat Darijo Srna dan Ivan Perisic tidak terkena palang gol.

Kemenangan pertama ini memberi harapan kepada Croatia untuk mempamerkan persembahan lebih baik di pentas Euro selepas terkandas dalam kelompok lapan terbaik pada aksi 1996 dan 2008.

Croatia bakal meneruskan aksi kumpulan bertemu Republic Czech pada Sabtu ini sebelum berdepan dengan juara bertahan, Sepanyol (22 Jun).

Euro2016, Croatia, Luka Modric

Artikel Lain