suria

Hodgson, Rooney Rayu Penyokong England Elak Bergaduh

PENGURUS England, Roy Hodgson dan kapten Wayne Rooney merayu secara langsung kepada semua penyokong England supaya ‘menjauhi masalah’ selepas insiden pergaduhan berlaku sebaik sahaja aksi Euro 2016 bermula.

Pihak pendakwaraya Perancis memberitahu, seramai 150 orang penyokong Rusia yang serius terlibat dengan adegan pergaduhan sebelum aksi seri 1-1 kedua-dua negara itu di Marseille.

Akibat kelakuan ganas melibatkan penyokong itu, kedua-dua terpaksa menanggung risiko apabila Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memberi amaran akan menyingkirkan mereka jika insiden tersebut terus berlaku.

“Saya sangat risau dengan ugutan (disingkir)  itu yang turut menghantui kami,” ujar Hodgson.

"Kami bekerja keras untuk berada di sini dan sangat terdesak untuk kekal dalam saingan.

“Kami menghargai sokongan yang diberikan sepanjang perlawanan, tetapi saya merayu kepada kamu semua agar menjauhi sebarang masalah dan cuba tidak membesarkan isu yang timbul.

“Kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk terus bersaing."

Sementara itu, Rooney berharap semua penyokong berada dalam keadaan ‘selamat dan waras’, dan tidak berkunjung ke Perancis tanpa tiket.

Video, Euro2016, Hodgson, Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Lain