suria

England 'Tutup Mulut' Wales Dengan Kemenangan 2-1

Sturridge meraikan gol kemenangan England ke atas Wales, Khamis.

JAMIE Vardy dan Daniel Sturridge yang dimasukkan pada separuh masa kedua permainan menjadi punca kemenangan 2-1 England ke atas Wales.

Perlawanan peringkat Kumpulan B Euro 2016 yang berlangsung di Stadium Bollaert-Delelis pada Khamis malam itu menyaksikan Wales membuka jaringan, tiga minit sebelum berakhir babak pertama menerusi sepakan percuma Gareth Bale.

Bale membuka jaringan awal permainan pada minit ke-42.


Pengurus England, Roy Hodgson menggunakan waktu rehat untuk mengatur kembali strategi selepas ketinggalan satu gol.

Pada minit ke-46, Hodgson membawa masuk Sturridge serta Vardy menggantikan Sterling dan Harry Kane.

Ternyata percaturan baharu jurulatih The Three Lions itu membuahkan hasil apabila bintang sensasi Leicester City, Vardy berjaya menyamakan kedudukan gol pada minit ke-56.

Permainan semakin rancak dengan serang balas kedua-dua pasukan namun gagal menambah sebarang gol dalam tempoh 90 minit permainan.

Bagaimana pun, kejutan berlaku pada minit ke-92 apabila Sturridge bijak melakukan penyudah ke gawang sekaligus memberi gol kemenangan kepada England.

Kemenangan ini juga turut meletakkan England di tangga teratas kumpulan dengan empat mata  selepas terikat seri 1-1 kepada Rusia dalam aksi Isnin lalu.

Selain itu, kedua-dua pasukan ini telah melancarkan perang psikologi terutamanya Bale yang memberi komen pedas terhadap kemampuan skuad England.

Namun Hodgson membuktikan 'bising' di atas padang lebih penting daripada bising di luar padang.



Senarai pemain: 

England: Hart, Walker, Smalling, Cahill, Rose, Dier, Rooney, Alli, Lallana, Kane, Sterling 
Simpanan: Forster, Milner, Vardy, Clyne, Henderson, Sturridge, Stones, Wilshere, Barkley, Bertrand, Rashford, Heaton
Jurulatih: Roy Hodgson

Wales:  Hennessey, Chester, Ashley Williams, Davies, Gunter, Allen, Ledley, Ramsey, Taylor, Bale, Robson-Kanu 
Simpanan: Fon Williams, King, George Williams, Edwards, Richards, Cotterill, Vokes, Collins, Jonathan Williams, Vaughan, Church, Ward 
Jurulatih: Chris Coleman

Pengadil: Felix Brych (Jerman)

Euro2016, Wales, England

Artikel Lain