suria

Sepakan Gunting Shaqiri Tidak Bermakna Buat Switzerland

Pemain Poland meraikan kemaraan mereka.

NAMA Xherdan Shaqiri menjadi sebutan kerana jaringan cantik menerusi sepakan guntingnya tetapi ia masih belum cukup untuk membawa Switzerland ke pusingan suku akhir Euro 2016.

Penyerang Switzerland itu menjaringkan gol pada minit ke-82 tetapi Poland mengesahkan kemenangan 5-4 menerusi penentuan penalti sekali gus mara ke suku akhir kejohanan tersebut.

"Ia satu jaringan yang cantik, tetapi kesudahannya kami tersingkir. Saya amat kecewa. Kami sepatutnya meraih sesuatu yang sangat hebat kern memiliki beberapa peluang," kata Shaqiri.

Pengurus Switzerland, Vladimir Petkovic bagaimanapun memuji jaringan yang dilakukan Shaqiri dan pada masa sama mengakui kesilapan yang dilakukan anak buahnya punca mereka tersingkir.

"(Jaringan Shaqiri) adalah hasil keyakinan dan kepercayaan, kerana anda perlu yakin apabila berdepan dengan situasi bola seperti itu.

"Anda juga perlu mengharapkan nasib, malangnya, kami tidak dapat mara.

"Pemain saya sudah melakukan segala-galanya dan mempamerkan apa yang mereka boleh lakukan di atas padang, tetapi kami melakukan kesilapan,” kata Petkovic.

Switzerland turut mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada penghujung masa tambahan, tetapi tandukan jarak dekat pemain gantian Eren Derdiyok diselamatkan penjaga gol Lukasz Fabianski.

Poland akan bertemu Portugal di pusingan suku akhir.

Senarai pemain:

SWITZERLAND: Sommer, Lichtsteiner, Schar, Djourou, Rodriguez, Behrami, Xhaka, Shaqiri, Dzemaili, Mehmedi, Seferovic.

POLAND: Fabianski, Piszczek, Glik, Pazdan, Jedrzejczyk, Blaszczykowski, Krychowiak, Maczynski, Grosicki, Milik, Lewandowski.

Poland, Switzerland, Euro 2016

Artikel Berikut

Artikel Lain