SETIAP kejayaan seorang pemain bola sepak, pasti ada seseorang yang sering menjadi pendorong buat mereka.
Kali ini jom kita kenali isteri atau teman wanita pemain bola sepak paling ‘hot’ yang tersenarai pada 2019:
5. Granit Xhaka (Leonita Lekaj)
Kapten Arsenal ini mengahwini Leonita pada Julai 2017. Bekas pemain Borussia Monchengladbach berpindah ke Stadium Emirates pada 2016.Pemain antarabangsa Switzerland berusia 26 tahun ini baharu sahaja menyambut kelahiran anak pertamanya pada 7 Oktober lalu.
4. Gerard Pique (Shakira)
Salah seorang pemain paling popular di Sepanyol yang bermain untuk Barcelona. Pigue,32, merupakan pemain di bahagian pertahanan dan terkenal dengan sepakan kaki kanannya.
Bekas pemain Manchester United ini turut dikenali dengan panggilan ‘Geri’ sentiasa dikaitkan dengan selebriti terkenal termasuk Lisa Lazarus dan Luria Tomas.
Bagaimanapun dia bertemu dengan Shakira pada Piala Dunia 2010 apabila penyanyi terkenal itu tampil dengan lagu rasmi Piala Dunia ‘Waka Waka’. Hubungan mereka seterus menjadi serius dan kini mempunyai dua orang anak, Milan dan Sasha.
3. Axel Witsel (Rafaella Szabo)
Pemain antarabangsa Belgium mengahwini teman wanitanya Rafaella Szabo pada Jun 2015 dan kini mempunyai dua anak, Mai Li dan Evy.
Pemain sayap kanan berusia 30 tahun ini kini beraksi dengan kelab gergasi Jerman Borrusia Dortmund. Bapanya Thierry Witsel sebagai ejen dalam karier bola sepak profesionalnya.
Pemain bermata biru ini pernah menjaringkan dua gol ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2016-17.
Isteri kesayangannya ini Szabo tergolong dalam senarai ‘WAGs’ (isteri dan teman wanita) paling cantik kepada pemain bola sepak Eropah.
2. Lionel Messi (Antonella Roccuzzo)
Messi mengahwini Roccuzzo yang dikenali sejak kecil lagi pada 2017 selepas bergelar pasangan kekasih pada 2008.
Mereka berkenalan sejak usia lima tahun ketika tinggal di Rosario.
Pemain paling setia di Barcelona berusia 32 tahun ini mempunyai dua cahaya mata, Thiago,7 dan Mateo,5.
Tahun ini Messi disenaraikan sebagai pemain paling mahal di dunia oleh Forbes.
1. Cristiano Ronaldo (Georgina Rodriquez)
Berstatus bintang terkenal, Ronaldo sentiasa dikelilingi wanita cantik yang ingin mendampinginya termasuk model dan selebriti.
Namun Georgina dianggap wanita paling bertuah ‘The Woman Who Won Ronaldo’s Heart’.
Georgina sentiasa berada di sisi Ronaldo walaupun penyerang Juventus itu terpalit dengan beberapa kontroversi memalukan termasuk tuduhan merogol.
Pasangan romantik ini dilaporkan belum berkahwin, namun Ronaldo dilihat bahagia dengan statusnya itu bersama empat anaknya.