SEKALI pun sudah muncul sebagai atlet Indonesia paling berjaya dalam sejarah penyertaan di Sukan Olimpik, pemenang pingat perak angkat berat kategori 61 kg di Olimpik Tokyo 2020, Eko Yuli Irawan masih merasa ralat kerana gagal menghadirkan emas. Mengikut pencapaian di pentas terbesar dunia itu, Eko Yuli sudah pun mengumpul empat pingat, gangsa pada penyertaan di edisi 2008 di Beijing, London 2012 dan pingat perak di Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil. ARTIKEL BERKAITAN: "Layan depan TV pun dah heart attack and kecewa, apalah lagi pemain dalam gelanggang?" “Buat masyarakat Indonesia, terima kasih atas sokongan selama ini. Maaf kerana gagal raih emas dan ini saja yang terbaik buat saya,” katanya menerusi laman sosial Instagram seperti dilaporkan Kompas. Cerita kejayaan atlet negara jiran ini sudah cukup untuk menghadirkan inspirasi ketika latar belakangnya adalah sebagai pengembala kambing di Lampung, Sumatra. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pada pertandingan itu, Eko Yuli Irawan berjaya mengangkat bebanan 137kg dalam acara snatch dan clean and jerk 165kg, mengumpul angkatan 302kg keseluruhan. Kejayaan itu menyaksikan Eko Yuli mengatasi rekod hebat milik bekas atlet angkat berat wanita Indonesia, Raema Lisa Rimbawes yang mengumpul tiga pingat Sukan Olimpik sepanjang 2000 hingga 2008. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!