suria

"Berilah kami kejohanan apa pun, kami akan sertai"... Arif, Haikal sandaran pingat Olimpik Paris 2024

Arif (kanan) dan Haikal berkata mereka perlu mempamerkan prestasi yang baik dengan memenangi sebanyak mungkin kejohanan terbuka di peringkat antarabangsa.

PASANGAN beregu lelaki badminton yang sedang meningkat naik, Wan Arif Wan Junaidi dan Mohd Haikal Nazri akui sedang bekerja keras untuk segera berada di ranking dunia sekali gus melayakkan diri ke Olimpik Paris pada 2024.

Kedua-dua pemain yang berusia 19 tahun ini berkata, mereka perlu mempamerkan prestasi yang baik dengan memenangi sebanyak mungkin kejohanan terbuka di peringkat antarabangsa.

Arif dan Haikal yang dipilih sebagai sandaran skuad kebangsaan awal tahun lalu berjaya mempamerkan aksi terbaik apabila menjuarai kejohanan badminton Terbuka Austria pada Mei lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Chong Wei usik Azizulhasni..."Bro, awak dengan Kenny umur sama, tapi kenapa awak nampak lagi muda?

Prestasi mereka turut akan diuji pada dua kejohanan antarabangsa iaitu Latvia di Jelgava dari 26 hingga 29 Ogos ini sebelum ke kejohanan Hellas International di Lavrio, Greece, dari 2 hingga 5 September ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut laporan The Star, kedua-dua pemain itu masih bersyukur dapat beraksi pada dua kejohanan tersebut walaupun ia hanya acara peringkat kelapan dan terendah dalam hierarki kejohanan antarabangsa.

"Berilah kami kejohanan apa pun, kami masih akan terima untuk sertai.

“Dalam keadaan penularan Covid-19, kejohanan yang dianjurkan adalah terhad, jadi kami tidak keberatan untuk sertai dua kejohanan ini.

“Lagi pun, kemenangan kami di Austria telah memberi semangat kepada kami untuk terus bertanding dan kami berharap dapat mengekalkan momentum di dua kejohanan ini,” kata Arif.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain