suria

Status bintang bukan alasan, Messi datang latihan PSG dua jam lebih awal

Lionel Messi menjalani latihan pertama bersama PSG semalam. — AGENSI.

PEMAIN baharu Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi tampak bersemangat pada hari pertama latihan pasukan itu apabila dia tiba dua jam lebih awal daripada waktu yang sepatutnya pada Khamis.

Reputasinya sebagai pemain yang pernah menerima Ballon d' Or tidak langsung memberikan alasan buat Messi untuk tiba lewat ke sesi latihan pertamanya semalam.

Messi dilaporkan berbuat demikian kerana menyedari statusnya sebagai pemain baharu pasukan terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: La Liga sepi, rugi tanpa aura Messi, Cristiano Ronaldo

ARTIKEL BERKAITAN: Messi menginap di hotel mewah RM100,000 satu malam di Paris

Malah, Messi juga dikatakan tiba lebih awal supaya dia dapat berkenalan dengan staf di pusat latihan serta mengenali lebih mendalam tentang pusat latihan PSG.

Sehingga kini, Messi tidak beraksi dalam sebarang perlawanan pramusim sejak memenangi kejuaraan Copa America bersama Argentina.

Messi dilaporkan bakal membuat debut pertama bersama PSG ketika melayan kunjungan RC Strausbourg dalam saingan domestik awal pagi Ahad.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pemain itu memeterai perjanjian bersama PSG selepas dilepaskan oleh Barcelona susulan isu kewangan yang dihadapi oleh kelab The Catalan.

Selain Messi, PSG turut menandatangani Achraf Hakimi dari Inter Milan, Gianluigi Donnarumma, Sergio Ramos dan Georginio Wijnaldum pada jendela perpindahan kali ini.

Messi dijangka akan membentuk trio serangan berbisa bersama bekas rakan sepasukannya di Barcelona iaitu Neymar dan Kylian Mbappe. - Detik.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Messi, PSG

Artikel Lain