suria

"Satu pusingan dah cukup" - YouTuber yakin tumbangkan bekas juara UFC

Jake Paul mahu menambah koleksi TKO dalam karier tanpa kalahnya setakat ini. - AGENSI

PERSONALITI internet, Jake Paul yakin beliau hanya memerlukan satu pusingan untuk menewaskan bekas juara UFC, Tyron Woodley dalam pertarungan tinju Ahad ini.

Paul akan menentang Woodley dalam pertarungan profesional keempatnya Ahad ini dan berjanji akan menambah koleksi pukulan knockout (TKO) dalam karier tanpa kalahnya setakat ini.

“Sejujurnya selepas kem ini, saya mengatakan tiga (pusingan) dan sekarang saya berfikir, paling banyak dua.

ARTIKEL BERKAITAN: Peninju didakwa lakukan serangan seksual, tampil beri penjelasan di Twitter

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika Ronaldo dilahirkan di Dagestan, dia juga mampu jadi juara UFC” - Khabib

"Tetapi, terdapat sesuatu di dalam hati saya yang memberitahu bahawa ia akan menjadi satu lagi pertarungan satu pusingan.

“Walaupun kedengaran tidak masuk akal, saya rasa ini akan menjadi malam yang sangat singkat bagi Tyron,” kata YouTuber terkenal itu.

Paul sebelum ini pernah menewaskan seorang lagi bekas atlet UFC, Ben Askren melalui TKO dalam pusingan pertama.

Dia percaya bekas juara Welterweight UFC itu tidak akan dapat mampu bertahan dengan kekuatan semula jadinya dan berjanji mahu menumbangkan lawannya itu dalam pertarungan yang pantas.

"Saya rasa saya adalah seorang pahlawan semula jadi, dengan kekuatan semula jadi.

"Anda boleh mengajar banyak perkara, tetapi anda tidak boleh mengajar kepantasan dan dan juga kekuatan,” katanya. - Sky Sports

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

jake paul, tyron woodley, tinju, ufc

Artikel Lain