suria

24 Acara Sukan SEA 2017 Disiar Secara Langsung

PETALING JAYA: Sebanyak 24 acara bakal disiarkan secara langsung sepanjang temasya Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berkata, terdapat 15 syarikat penyiaran daripada tujuh negara Asia Tenggara (Asean) yang akan menyiarkan secara langsung  24 acara sukan utama."

Ujar beliau, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA 2017 (Masoc) bekerja keras untuk memastikan siaran temasya tersebut dapat disiarkan ke seluruh dunia termasuk siaran langsung atas talian (internet).

"Dijangka sebanyak 24 jenis sukan akan medapat liputan secara langsung dan kita juga akan mengetahui  informasi setiap jenis sukan itu secara menyeluruh," jelasnya pada mesyuarat bersama syarikat penyiaran sempena Kuala Lumpur 2017 pada Selasa.

Antara 24 jenis sukan yang terlibat adalah acara olahraga, renang, terjun, synchro, polo air, bola sepak, berbasikal (trek), boling, biliard dan snuker, ragbi (tujuh sebelah), angkat berat, gimnastik (dua), luncur ais, ping pong, tinju, muay thai, karate, taekwando, pencak silat, wushu, bola keranjang, badminton, bola jaring, sepak takraw, skuasy, memanah dan hoki.

Dalam pada itu, Khairy turut memberitahu bahawa KL Sport City kini sudah pun siap 80 peratus dan dijangka lengkap sepenuhnya pada Julai ini seperti yang dijadualkan.

"Velodrom Nilai akan dibuka pada April ini. Dan dalam pada itu terdapat pelbagai program yang bakal dianjurkan sebelum Sukan SEA seperti telah berlangsung Larian Baton dengan melibatkan beberapa buah ibu negara seperti Bandar Seri Begawan, Manila. Vientiane dan Yangon (minggu lalu).

"Dan saya akan ke Bangkok minggu ini bagi menyertai Larian Baton dan saya difahamkan Thailand akan menganjurkan acara itu secara besar-besaran  bagi menyokong Sukan SEA ini," jelasnya.

Khairy Jamaluddin, Sukan Sea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain