BERIKUT adalah gambar-gambar suasana dan acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung Khamis: Atlet memanah bergambar selepas menang pingat emas untuk Malaysia dalam acara compound berpasukan lelaki selepas mengalahkan Singapura, 228-222, pada Sukan SEA Kuala Lumpur di KL Sports City, Bukit Jalil. Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (empat, kanan), and ketua kontinjen Malaysia ke KL2017, Datuk Marina Chin (kanan). Singapura meraih pingat perak manakala Filipina dapat pingat gangsa. -fotoBERNAMA Atlet renang berirama Malaysia, Lee Yhing Huey terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila kalah tipis kepada atlet Singapura dengan 74.7 mata pada saingan akhir acara Solo Bebas Renang Berirama Sukan SEA KL2017 di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bukit Jalil. -fotoBERNAMA Pasukan memanah wanita negara (dari kiri) Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Cham Nong dan Nurul Syazhera Mohd Asmi merangkul Pingat Emas acara Compound Berpasukan Wanita selepas mengalahkan Vietnam pada perlawanan akhir Sukan SEA ke 29 di Padang Sintetik Bukit Jalil, Bandar Sukan Kuala Lumpur. -fotoBERNAMA LAGI KILAUAN EMAS ... Pasukan Memanah Lelaki negara (dari kiri) Zulfadli Ruslan, Mohd Juwaidi Mazuki dan Kin Lip Lee meraih Pingat Emas acara Compound Berpasukan Lelaki selepas menewaskan Singapura 228-222 pada Sukan SEA KL2017 di Padang Sintetik Bukit Jalil, Bandar Sukan Kuala Lumpur hari ini. -fotoBERNAMA Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon beramah mesra bersama pelumba basikal yang mewakili negara pada Sukan Sea 2017 ketika melawat Velodrom Nasional di sini Khamis. -fotoBERNAMA Atlet Malaysia, Lee Yhing Huey membuat persembahan mengagumkan dalam acara renang berirama individu pada perlawanan akhir Sukan SEA KL2017 di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bukit Jalil. -fotoBERNAMA