PETALING JAYA: Permulaan hari yang baik untuk kontinjen negara dengan menambah dua lagi pingat emas pada Jumaat. Perenang wanita dan lelaki negara Heidi Gan dan Kevin Yeap menjuarai dalam acara 10 kilometer renang terbuka yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya pagi ini. Kemenangan kedua-dua atlet ini sekaligus menjadikan emas keenam negara setakat ini. Pada Khamis, atlet renang berirama Gan Hua Wei berjaya meraih pingat emas keempat untuk Malaysia di Pusat Akuatik Kebangsaan di Bukit Jalil.