KUALA LUMPUR: Malaysia mendominasi acara badminton perseorangan wanita selepas pemain muda Goh Jin Wei menundukkan rakan senegara yang lebih senior, Soniia Cheah pada final acara itu, dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017). Pingat emas edisi ke-29 itu menjadi milik pemain berusia 17 tahun itu selepas menewaskan Soniia, 24, dalam straight set 21-11, 21-10 di Arena Axiata pada Selasa. Pingat gangsa acara itu menjadi milik Gregoria Mariska Tunjung dari Indonesia selepas tewas kepada Soniia 20-22, 13-21 dan pingat tersebut dikongsi bersama pemain Thailand, Pornpawee Chochuwong yang kalah kepada Jin Wei 9-21, 21-10, 18-21 pada Isnin. - BERNAMA