suria

'Keseronokan Dalam Kesunyian' Di Sentosa Villa Taiping

Antara bilik penginapan yang disediakan di Sentosa Villa, Taiping.

INGIN lari dari hiruk pikuk kota dan bersantai dalam hutan yang sunyi dan damai, jauh daripada deruan enjin kenderaan atau pencemaran alam, juga kebisingan manusia?

Jika itu yang anda inginkan, berkunjunglah ke Sentosa Villa di Taiping , Perak.

Villa ini terletak di antara dua tempat yang sangat menjadi tumpuan ramai, iaitu Bukit Maxwell dan Taman Tasik.

Taman Tasik Taiping merupakan taman seumpamanya yang pertama diwujudkan dalam negara ini ketika era pemerintahan kolonial British.

Walaupun terletak berhampiran pusat Bandar Taiping dan di sekelilingnya ada kawasan perumahan, villa ini unik kerana ia terletak di celah-celah hutan dan boleh dikunjungi melalui Taman Sentosa, Taiping. Justeru ia ibarat hutan di pinggir bandar.

Di villa ini anda akan merasai ‘keseronokan dalam kesunyian’.

Sesuai dengan temanya ‘tempat merehatkan minda’, persekitaran yang hijau, tenang dan damai sememangnya merehat dan menyegarkan minda pengunjung.

Anda boleh bersantai dan menginap di villa ini dalam suasana hening tanpa gangguan, dikelilingi rimba menghijau.

Memang inilah matlamat villa ini iaitu menyediakan tempat berehat dalam suasana nyaman.

Untuk tujuan itu, bilik-bilik penginapan yang disediakan juga merangkumi pelbagai kategori bersesuaian dengan kehendak dan bajet pengunjung.

Malah tempat ini juga menyediakan kemudahan untuk mengadakan majlis atau mesyuarat.

Pengunjung usah bimbang dengan keperluan makan minum.

Di villa ini disediakan kafe yang menyajikan makanan pelbagai cita rasa.

Pilih sahaja menu yang disediakan, baik makanan tempatan atau barat semuanya ada.

Kafe ini yang dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 11 malam setiap hari bukan sahaja untuk kemudahan penginap, tetapi ia juga terbuka kepada umum.

Ramai yang datang menjamu selera di sini untuk menikmati makanan dalam suasana persekitaran hutan.

Oleh itu kafe ini sentiasa dipenuhi pengunjung dari siang sampai ke malam.

Bagaimanapun, lebih ramai memilih datang pada waktu malam untuk menikmati suasana malam dalam hutan yang memang mengasyikkan.

Lampu yang tidak terlalu terang menambahkan syahdu persekitaran.

Pengunjung ada yang datang bersama keluarga atau rakan-rakan dan ada juga datang secara berkumpulan.

Selain bangunan kafe utama, beberapa tempat makan ala pondok disediakan di sekelilingnya. Terpulang kepada pengunjung di mana hendak menikmati makanan.

Bagi mereka yang berhasrat menginap di Villa Sentosa, anda boleh memilih pelbagai jenis pilihan bilik yang ditawarkan.

Misalnya bilik bertemakan romantik, alam semula jadi, bilik besar atau bilik bajet yang sesuai dengan keperluan masing-masing.

Terdapat dua kategori penginapan iaitu hotel dan chalet.

Bagi hotel disediakan bilik `standard’ bermula dari RM138; bilik `superior’ bermula dari RM158; bilik klasik keluarga (family classic) bermula dari RM338 dan dan ‘junior suite’ bermula dari RM278.

Bagi kategori chalet, terdapat Deluxe Villa bermula dari RM208; Wooden Villa (RM208); Honeymoon Villa (RM238); Family Villa (RM338); Cottage (RM568) dan Banglo (RM628).

Perlu diingat kadar di atas adalah rujukan dan kadar permulaaan pada waktu-waktu biasa, iaitu dari hari Ahad hingga Khamis.

Kadar akan meningkat pada waktu separa puncak iaitu Jumaat, Sabtu dan cuti sekolah. Kadar lebih tinggi dikenakan pada waktu kemuncak (peak) iaitu cuti umum dan menjelang perayaan.

Kenaikan kadar pada waktu separa puncak dan puncak ini adalah antara RM20 hingga RM40 bergantung kepada jenis bilik penginapan yang dipilih. Kadar sebenar akan ditentukan oleh carta musim (seasonal chart).

Kesemua harga ini adalah untuk bilik sahaja dan termasuk Cukai Perkhidmatan Kerajaan (GST) sebanyak enam peratus.

Untuk menjamu selera, sama ada untuk penginap atau pengunjung berkala, pelbagai jenis makanan dan kategori penyediaan makanan disediakan sesuai dengan kehendak mereka, bermula dengan pesanan berasingan (ala carte) sehinggalah kepada set makanan, set BBQ dan set majlis.

Kesemua makanan ini, sama ada berteraskan tempatan atau berat, dinikmati dalam suasana hutan damai yang tidak ditemui di tempat lain.

Anda boleh sahaja datang bersendirian, bersama keluarga dan rakan atau mengadakan majlis hari jadi, majlis untuk keluarga atau makan malam. Semua disediakan menurut cita rasa anda.

Menu ‘Nasi Goreng Hutan’ adalah antara yang istimewa untuk dipesan secara individu, selain pelbagai masakan lain. Antaranya `Creamy Grilled Fish Fillet’, `Chicken Bruschetta’, ‘Grilled Lamb Chop’, Tom Yam, kue teow, nasi goreng ayam dan banyak lagi.

Selain itu set makanan untuk 20 orang atau lebih juga disediakan, terbahagi kepada cita rasa tempatan dan cita rasa barat.

Bagi set cita rasa tempatan kadarnya ialah RM32 seorang. Bagi cita rasa barat pula RM33 seorang.

Anda boleh memilih daripada enam set cita rasa tempatan yang disediakan. Setiap set berlainan kandungan menunya.

Ada set cita rasa makanan Melayu, set cita rasa makanan Cina dan juga cita rasa makanan Siam.

Bagi set makanan barat, dua set menu disediakan. Antara lain mengandungi ayam, kambing , ikan serta sayuran-sayuran, salad dan sup.

Selain itu juga disediakan set Menu Premium dengan kadar RM48 seorang. Termasuk dalam menu ini antaranya nasi kukus, ayam tandoori, sup ekor, daging panggang, udang dan sayur-sayuran.

Bagi mereka yang berkunjung ke Sentosa Villa, selain menikmati suasana kehidupan di dalam hutan, juga berpeluang berkunjung ke beberapa buah destinasi menarik di sekitar bandar Taiping yang terkenal sebagai ‘Bandar Warisan’.

Antara tempat menarik ini ialah Bukit Maxwell, Perkuburan Perang Taiping, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping / Night Safari, Muzium Taiping, Menara Jam Taiping, Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim dan Hutan Kayu Bakau di Matang.

Datanglah ke Sentosa Villa untuk merasai suasana alam sekitar menghijau dikelilingi oleh pokok-pokok kayu.

Tinggal di bandar ibarat tinggal di dalam hutan batu.

Datanglah ke hutan semula jadi yang pasti memberi kesegaran serta merehatkan jiwa dan minda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jom Menang 7 Hadiah Harian!

Artikel Lain