suria

Revolusi Ilham Projek Nasi Lemak

APA yang dimahukannya hanyalah untuk melalukan revolusi hidangan nasi lemak.

Berbekalkan hasrat itu, Wayne Chor, mengembara dari utara ke selatan melawati Hatyai, Melaka, Johor dan ke timur di Kelantan untuk merasai pelbagai versi nasi lemak.

Pengembaraan itu akhirnya membolehkan usahawan berusia 40 tahun itu menghasilkan resipi nasi lemaknya sendiri.

Akhirnya, dia dan rakan niaga, Liaw Cheng Wei yang pernah sama-sama bekerja di sebuah restoran makanan Jepun, tampil dengan idea nasi lemak biru.

Keharuman nasi berwarna biru yang dimasak dengan santan, hadir dengan seleksi lauk sampingan, menjadikan juadah itu begitu popular dalam kalangan penduduk setempat.

Kedai mereka yang dikenali sebagai Projek Nasi Lemak juga popular dengan menu seperti paha ayam goreng yang berharga RM6.50, sotong gergasi goreng Argentina (RM12), ikan sambal (RM5.50) dan udang asam ala Nyonya (RM14 hingga RM16 untuk dua).

Katanya, dia kini sedang mencari idea untuk menambah seleksi menu mewah di restorannya yang terletak di Jalan Datuk Keramat, Georgetown.

"Nasi lemak sememangnya hidangan yang disukai semua lapisan kaum di sini.

"Namun, hidangan itu tidak sepatutnya dibungkus berbentuk segi tiga seperti piramid, sedikit bilis, kacang dan telur rebus sahaja.

"Nasi lemak paling biasa di kedai saya pun berharga RM5, lauknya juga banyak," katanya.

Untuk menghilangkan rasa dahaga, pelanggan juga boleh memesan minuman coconut shake dengan ais krim atau teh hijau volcano.

Projek Nasi Lemak beroperasi dari pukul 3 petang sehingga 10.30 malam pada setiap hari kecuali Rabu.



Projek Nasi Lemak

Artikel Berikut

5 Salah Sangka Tentang Labuan

Artikel Lain