suria

Asam Pedas Ekor Lembu Kelainan Erya By Suria Janda Baik

BENTONG: Sebut sahaja makanan popular di Johor dan Melaka, pasti ramai yang membayangkan keenakan asam pedas yang lazimnya  menggunakan ikan merah, patin, pari dan tenggiri sebagai bahan utama.

Sesetengah cara masakan pula meletakkan daging atau ayam di dalam hidangan itu.

Lain pula dengan Erya by Suria Janda Baik, yang menggunakan  ekor lembu sebagai bahan penting bagi asam pedas yang kini menjadi hidangan identiti di Restoran Bunga Padi milik resort tersebut.

Junior Chef Erya by Suria Janda Baik, Mohd Fadzli Mohamad Suhaimi berkata, sajian itu dicipta olehnya bagi memberikan rasa baharu kepada pelanggan dan penggunaan ekor lembu dalam masakan asam pedas menjadikan masakan tersebut unik dan sukar didapati di tempat lain.

“Rata-rata pelanggan di sini biasa makan asam pedas daging dan ekor lembu pula selalunya dalam masakan sup, jadi apabila kami menggabungkan asam pedas dan ekor lembu dalam satu masakan, ia memberi kelainan menu di resort,” katanya.

Dihidangkan sewaktu makan tengah hari, kombinasi asam pedas ekor lembu bersama nasi putih dan ulam-ulaman pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Fadzli berkata asam pedas dijadikan menu utama kerana hidangan tersebut sesuai dengan suasana resort yang bertemakan kampung dan asam pedas dilihat sinonim dengan masakan tradisional masyarakat Melayu.

Sebarang  maklumat lanjut dan tempahan boleh menghubungi Erya by Suria Janda Baik di talian, 09-2210200 atau layari laman sesawang www.eryabysuria.com.-- Bernama 

Erya by Suria, Janda Baik, asam pedas

Artikel Berikut

Artikel Lain