suria

Pramugari Dedah Cara Kekal Selesa Dalam Penerbangan Jarak Jauh

-foto Getty

KALAU bekerja sebagai pembantu penerbangan, majoriti waktu bekerja mereka pastinya di dalam pesawat.

Jelas sekali ia tidaklah begitu menyeronokkan seperti mana penumpang yang boleh beristirehat sambil menikmati snek lazat sepanjang perjalanan.

Namun, seorang pembantu penerbangan mendedahkan bagaimana mereka menjadikan penerbangan jarak jauh lebih mudah untuk dihadapi.

Tidak seperti kerjaya lain yang kebanyakannya bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir jam 5 petang, waktu bekerja mereka adalah tidak menentu.

Malah, mereka juga perlu memakai uniform tertentu sewaktu berada di udara ataupun selepas mendarat.

Ia juga tidak begitu selesa sebagaimana pakaian yang dipakai oleh penumpang dalam penerbangan mereka.

Baru-baru ini Delta Air Line memperkenalkan uniform baharu buat pembantu penerbangan syarikat itu.

Namun ia juga tidak begitu selesa apatah lagi untuk dipakai dalam penerbangan yang mengambil masa hingga 20 jam.

Jadi, bagaimana mereka kekal selesa untuk bekerja dan memberikan servis terbaik sepanjang perjalanan jauh itu?

-foto Getty

Bercakap kepada HuffPost, pembantu penerbangan, Kelly Kincaid berkongsi tips yang diamalkannnya.

"Biasanya pembantu penerbangan akan membawa lebih dari sepasang kasut.

"Dalam syarikat tempat saya bekerja misalnya, pembantu penerbangan perlu memakai kasut bertumit setinggi dua inci di lapangan terbang.

"Namun apabila sudah masuk ke pesawat, kami akan tukar kasut yang lebih selesa. Pastinya kami tidak selesa jika kekal mengenakan kasut setinggi dua inci sepanjang penerbangan," ujarnya.

Jelasnya lagi, kebanyakan pembantu penerbangan sentiasa membawa kasut lebih yang akan dipakai khusus di lapangan terbang sahaja.

Mereka juga perlu memakai kasut tumit tiggi sewaktu pelepasan dan akan menukar kepada kasut yang lebih selesa apabila tidak berada di khalayak ramai.

-foto Getty

Bukan kasut sahaja, mereka juga membawa pakaian lebih untuk penerbangan jarak jauh.

Seorang lagi pembantu penerbangan, Shane Meadow yang bekerja untuk Delta mendedahkan dia akan membawa baju panas sewaktu berada di dalam pesawat.

Selain itu, dia biasanya akan membawa jaket yang ringan untuk dipakai sewaktu bekerja. Ini kerana suhu di dalam pesawat agak sejuk.

Mereka juga tidak akan dibekalkan dengan selimut seperti mana apa yang penumpang dapat ketika menaiki pesawat.

Tambah Shane lagi, dia juga membawa pakaian lebih kerana ingin bersedia seandainya berlaku perubahan cuaca dan sebagainya dari satu destinasi ke destinasi lain penerbangan.

Jadi, ini adalah beberapa persediaan yang mereka lakukan agar penerbangan jarak jauh menjadi lebih mudah dan seterusnya membolehkan mereka bekerja dengan selesa. -expressUK

kru kabin, pakaian, kasut

Artikel Lain