suria

Tengok wayang bawah langit, medan 'kaki game', Lot10 kini lebih 'happening'!

AKTIVITI lepak-lepak hujung minggu di pusat beli-belah bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan anak muda di negara ini.

Namun, kewujudan banyak lokasi baharu yang lebih meriah menjadikan beberapa pusat beli-belah lama seolah-olah 'tenggelam' dan tidak dihiraukan lagi oleh generasi hari ini.

Tidak mahu ketinggalan dan terus dilupakan, Lot10 yang sangat popular suatu ketika dulu tampil dengan beberapa tarikan baharu khusus buat anak muda yang gilakan keseronokan.

Apa agaknya yang seronok di Lot10? Ini enam perkara yang boleh anda lakukan di sana.

1) Wayang Bawah Langit


Tidak seperti pusat beli-belah lain yang menawarkan panggung wayang dalam dewan tertutup, Lot10 memperkenalkan Cinema Paradiso, aktviti menonton filem di atas bumbung pada waktu malam.

Sambil bersila di atas tikar, anda dan rakan-rakan bukan sahaja dapat menonton filem, malah dapat menikmati pemandangan langit malam yang dihiasi bulan dan bintang.

Aktiviti penuh santai ini pastinya sesuatu yang perlu anda cuba. Ia dibuka secara percuma kepada orang awam dan hanya beroperasi pada setiap hari Sabtu.

Skrin gergasi yang disediakan dengan sistem bunyi mantap juga akan memberi anda pengalaman menonton wayang yang berbeza serta lain dari yang lain.

2) Medan Pertempuran 'Kaki Game'


Buat kaum lelaki khususnya, kalau bosan menunggu isteri atau teman wanita yang terlalu lama memilih baju, apa kata hilangkan kebosanan anda di Geek Arena.

Geek Arena merupakan lokasi untuk 'gamers'  bermain pelbagai permainan komputer yang disediakan di situ.

Terletak dalam ruangan kaca, anda berpeluang bertemu 'gamers' baharu dan mempamerkan bakat untuk bertempur di situ.

3) Lukisan Kebosanan


Biasalah, kalau pergi pusat beli-belah, kita akan lepak-lepak dan makan-makan. Dah makan, nak 'membuang' pula.

Tapi tahu-tahulah macam mana perasaannya kena beratur tunggu giliran nak guna tandas.

Lot10 faham perasaan anda, jadi mereka perkenalkan Chalk Wall. Sambil-sambil tunggu kawan dalam tandas tu, anda boleh berkarya di papan khas yang disediakan di luar tandas.

Di situ, anda boleh melukis atau tulis apa sahaja yang anda mahu mengikut kreativiti sendiri. Jadi, tak adalah bosan sangat menunggu. Kan?

4) Pamer Bakat di Open Piano


Persembahan busking di kawasan sekitar depan pusat beli-belah sudah menjadi satu kebiasaan.

Tapi asyik tengok persembahan orang je, apa kata anda sendiri yang pamerkan bakat.

Haa, kalau anda nak tahu, Lot10 menyediakan sebuah piano di hadapan pintu masuknya.

Kalau anda berbakat, bolehlah bermain piano di situ. Nak nyanyi sambil main piano pun boleh.

5) Strike A Pose!


Orang zaman sekarang ni, kalau tak bergambar untuk Instagram, memang tak senang duduk agaknya.

Lot10 memperkenalkan beberapa 'Instagram spot' khusus untuk anda semua.

Antara yang menarik ialah angel wing, pink telephone, green wall, buaian dan macam-macam lagi.

Nanti dah post kat Instagram, jangan lupa #Lot10Wanderlust.

6) Dapatkan Kraftangan Unik di Lot10


Selain outlet kedai kekal, Lot10 memperkenalkan Pasar Sari di ruangan utama pusat beli-belah itu.

Antara yang boleh anda dapatkan di Pasar Sari ialah kraftangan seperti seramik, gubahan bunga, pewangi dan produk-produk lain juga.

Jadi apa tunggu lagi, jom serbu Lot10 dan rasai sendiri enam tarikan ini yang diperkenalkan khusus buat anda.

lepak KL, Lot10, wayang terbuka

Artikel Lain