suria

Resipi nasi daging dalam buku kecil bawa tuah!

Pak Tih memasukkan nasi daging ke dalam bekas polisterin untuk dijual kepada pelanggannya di Bazar Ramadan Pendang. -fotoBERNAMA

PENDANG: Nasi daging jika kena cara membuatnya, mampu membangkit selera peminatnya.

Itulah keunikan yang ada di Bazar Ramadan Pendang apabila peniaganya menggunakan kawah untuk memasak dan menumis rempah ratus nasi daging tempatan, yang juga antara daya penarik untuk melariskan jualan.

Peniaga Halim Shaari, 63, berkata istimewanya nasi daging kawah air tangannya yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Tih ini apabila ia dimasak secara terbuka sebelum dijual terus kepada pelanggan yang tidak putus-putus berkunjung ke bazar itu.

-fotoBERNAMA

"Saya memang menyimpan resepi nasi daging ini dalam buku kecil. Selepas berhenti daripada berniaga buah, saya mencarinya semula dan cuba buat hingga menjadi pada Ramadan tiga tahun lalu.

"Oleh kerana sambutan menggalakkan kami teruskan hingga kini dan ramai pelanggan tetap sudah tahu keenakan nasi daging kami," katanya ketika ditemui Bernama.

Katanya sejak awal Ramadan hinggalah ke hari ini, sambutan terhadap nasi daging kawahnya itu cukup memberangsagkan dan tidak sampai dua jam ia habis dijual dengan hasil jualan kira-kira RM1,700 sehari.

-fotoBERNAMA

"Uniknya nasidaging kawah ini ialah kita jaga kebersihannya iaitu sebanyak 20 kilogram masing-masing beras dan daging lembu tempatan dicuci dengan baik sebelum disejat dan dimasak dalam kawa hhingga hampir dua jam," katanya.

Halim berkata nasi dagingnya turut dilengkapi air asam dan gulai daging yang dijual pada harga semurah RM10 bagi setiap set.

Beliau bercadang untuk menambah menu masakannya iaitu nasi daging kambing pula pada masa akan datang iaitu seminggu sebelum Aidilfitri.

"Ini juga kita akan gunakan resepiturun-temurun yang tidak ada pada mana- mana orang lain," katanya.
-Bernama

nasi daging, Pendang, Pak Tih

Artikel Lain