suria

Tak sangka ramai juga tak pulang beraya dan memilih 5 destinasi popular ini sebagai lokasi percutian

Dianggarkan 50,000 penumpang akan terbang meninggalkan Malaysia untuk ke destinasi percutian mereka setiap hari sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.

NAMPAKNYA ramai mengambil kesempatan cuti panjang bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi untuk melancong ke luar negara berbanding menyambut hari raya bersama sanak saudara di kampung.

Ini terbukti apabila seramai 50,000 pengguna bakal berlepas ke destinasi masing-masing setiap hari bermula 25 Mei lalu sehingga 10 Jun ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) menerusi pesawat Air Asia. Whoa!

ARTIKEL BERKAITAN: Kempen 'Gila-Gila Raya' Traveloka tawar diskaun tambang, penginapan... kemas pakaian anda sekarang!

ARTIKEL BERKAITAN: Aplikasi FlySmart 'rakan karib' wajib ada setiap kali travel, ketahui hak dan langkah mudah kemuka aduan

Kalau dikira sepanjang tempoh itu hampir 850,000 terbang meninggalkan negara dan ke mana agaknya destinasi yang dituju?

Keadaan di KLIA2 sesak dengan penumpang namun AirAsia menyediakan lebih 380 staf perkhidmatan pelanggan.

Bagi yang memilih bercuti ke luar negara, lima negara ASEAN ini adalah destinasi popular iaitu Bangkok, Chennai, Denpasar, Singapura dan Ho Chi Minh.

Manakala menerusi Air Asia X, Hokkaido, Gold Coast, Taipei, Jeju dan Fukuoka lima destinasi popular untuk bercuti.

Destinasi tempatan juga tidak dilupakan seperti Alor Setar, Kota Bahru, Kuala Terengganu, Tawau dan Sandakan menjadi destinasi pilihan dan pasti ramai menuju ke kampung halaman.

Sementara itu, sepanjang tempoh itu sebanyak 734 penerbangan AirAsia Malaysia dan 60 pesawat AirAsia X Malaysia akan berlepas dari beberapa hub seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabali dan Johor Bahru.

Sebanyak 1000 juruterbang dan 2500 krew cabin akan bertugas bagi memastikan penumpang sampai ke destinasi dalam keadaan selesa selain 380 staf perkhidmatan pelanggan di klia2.

AirAsia, klia2, Syawal

Artikel Lain