HOTEL Baron pernah menjadi antara hotel yang paling gah di Aleppo iaitu bandar kedua terbesar di Syria selain ramai nama besar dan terkenal pernah menetap di hotel tersebut. Namun selepas empat tahun peperangan yang berlaku di negara itu membuatkan banyak perniagaan terpaksa gulung tikar atau musnah akibat peperangan. Selama beberapa generasi hotel itu diuruskan oleh keluarga suami Rubina Mazloumian namun wanita itu sudah letih dan mula berputus asa untuk menguruskan tempat tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Unik! Hotel kapal terbang akan menjadi tarikan terbaharu negeri Pahang tidak lama lagi Kini hotel berkenaan kosong, kertas dinding mula mengelupas dan karpet merah juga sudah tiada selain 48 bilik yang disediakan tidak berpenghuni. Keadaan lobi utama Hotel Baron yang tidak terurus sejak peperangan meletus di negara itu. Bar yang sebelum ini menjadi tumpuan pengunjung juga sunyi dan piano untuk menghiburkan pelancong juga tidak terusik dan berhabuk. "Saya tidak tahu apa perlu saya lakukan dengan tempat ini. Ia tidak boleh menerima kunjungan tetamu atau pun rakan," kata Rubina. Wanita berusia 65 tahun itu mewarisi hotel berkenaan daripada suaminya yang meninggal dunia beberapa tahun lalu. "Yang masih ada di hotel ini adalah saya, dua pekerja dan seekor anjing," katanya lagi. Hotel Baron dibuka pada 1911 oleh datuk suaminya, Armen Mazloumian yang meninggal dunia pada 2016. Bilik yang dulu sangat selesa kini berhabuk dan tidak terjaga. "Kami biasanya akan membentangkan karpet merah di tangga utama apabila menerima kunjungan tetamu penting seperti Raja Faisal I (Iraq dan Syria) serta presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser," katanya. Malah kata Rubina, novelis terkenal Agatha Christie pernah menginap di bilik bernombor 203 di mana dia menulis karyanya, Murder On The Orient Express. Kataya lagi hotel itu adalah lambang sejarah Syria termasuklah Raja Faisal pernah membuat ucapan ketika Syria mendapat kemerdekaan daripada Ottoman pada 1918. Hotel itu terpaksa ditutup pada 2012 apabila bandar Aleepo menjadi medan utama peperangan di antara kerajaan Syria dan pemberontak menentang presiden Bashar al-Assad ketika itu. Akibat peperangan, dinding hotel itu banyak ditembusi peluru selain bekalan elektrik juga terputus malah pada 2014, hotel itu digunakan sebagai tempat perlindungan. Ditanya sama ada dia ingin menjual hotel tersebut, Rubina memberitahu dia tidak terfikir untuk berbuat demikian. - Star2