suria

5 aktiviti menarik di The Westin Langkawi buat anda tak terfikir keluar ke tempat lain!

The Westin Langkawi Resort & Spa menawarkan pelbagai aktiviti menarik selain bilik penginapan yang selesa.

BOLEH dikatakan Pulau Langkawi, Kedah menjadi antara destinasi utama bukan sahaja untuk pelancong dari luar negara tetapi juga masyarakat tempatan yang ingin lari dari kesibukan kota, tak kira pada hujung minggu atau cuti umum.

Kebiasaannya jika ke Pulau Legenda itu, antara tempat tumpuan yang wajib dikunjungi termasuklah Pantai Cenang yang 'happening', pekan Kuah 'syurga' bagi yang gemar membeli-belah, selain tempat-tempat bersejarah.

ARTIKEL BERKAITAN: Keistimewaan menu Timur Tengah yang tiada seumpamanya kini di The Westin Resort & Spa Langkawi

Namun apa kata cuba menginap di The Westin Langkawi Resort & Spa - sebuah resort lima bintang yang mampu memberi anda keselesaan dalam suasana tropika dan kontemporari.

Dengan pemandangan laut Andaman terbentang di depan mata yang mempesonakan, ia cukup sesuai untuk beristirehat tanpa sebarang gangguan.

Kunjungan penulis ke resort itu baru-baru ini memang cukup memuaskan hati sehingga tidak terfikir untuk keluar ke mana-mana sepanjang 3 hari 2 malam menginap di situ.

Mana tidaknya, pelbagai kelengkapan tersedia yang membolehkan anda bercuti serta berseronok di dalam kawasan penginapan sama!

Selain pelbagai pilihan restoran terdapat juga beberapa aktiviti disediakan untuk semua tetamu seperti pusat kecergasan, kolam renang peribadi, spa dan sebagainya.

Paling penting selepas seharian penat melakukan pelbagai aktiviti, katil dikenali sebagai Signature Heavenly Bed menanti anda di bilik - memang buat anda lena sehingga pagi!

Sesuailah dengan tema hotel itu, For a Better You yang turut mengangkat enam perkara iaitu Feel Well, Work Well, Move Well, Eat Well, Sleep Well and Play Well!

Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di The Westin Langkawi Resort & Spa;

1. Syurga makanan di Seasonal Taste dan TIDE

Bab makan adalah paling penting dalam sesebuah percutian! Jangan bimbang kerana resort itu menawarkan pelbagai pilihan tempat makan yang bukan sahaja menyajikan hidangan laut serta barat tetapi juga menu tempatan.

Jangan terkejut kerana sarapan bufet di Seasonal Taste turut menghidangkan nasi lemak, roti canai dan teh tarik! Pelbagai stesen lain turut disediakan termasuk buah-buahan, roti, jus segar dan sebagainya.

Terdapat juga stesen yang mana cef akan masak hidangan anda secara segar mengikut cita rasa anda!

Untuk menikmati makan malam romantik bersama si dia - TIDE adalah tempat paling sesuai ditambah dengan pemandangan laut Andaman menjadikan ia pengalaman menakjubkan.

2. Breeze Lounge

Jika bosan duduk di dalam bilik, Breeze Lounge adalah lokasi paling sesuai untuk lepak bersama teman bagi merasai angin laut serta pemandangan indah laut Andaman.

Muzik jazz yang dipasang cukup sesuai untuk berbual bersama rakan-rakan atau pun membaca buku pada waktu petang sambil menikmati minum petang.

3. Heavenly Spa by Westin

Syurga spa ada di The Westin Langkawi! Rasakan ketenangan tanpa gangguan dari saat anda melangkah masuk ke spa.

Pelbagai jenis rawatan disediakan seperti Melayu, Ayurveda, Cina, Turki, Sweden dan Indonesia. Sementara menunggu membuat pilihan apa kata hirup dahulu minuman berasaskan serai bagi memberikan kesegaran kepada anda.

4. WestinWORKOUT® Fitness Studio

Bagi yang tetap ingin menjaga kesihatan ketika bercuti, pusat kecergasan juga turut disediakan dengan kelengkapan senaman sepanjang menginap di resort itu.

Nanti dulu - pihak hotel turut menyediakan personal trainer untuk membantu anda dalam melakukan rutin harian. Jika tidak membawa kelengkapan bersenam jangan bimbang pihak hotel akan menyediakannya untuk anda!

5. The Westin Langkawi Pools

Tak sah kalau tak mandi di kolam renang! Menariknya di resort ini terdapat empat kolam enang berbeza untuk anda berehat serta beriadah bersama keluarga jika tidak mahu mandi di laut - Pool Ocean Rock, Kolam Infiniti, Whirlpool Kolam, Pool Kanak-kanak dan Heavenly Spa® Pool.

Tidak cukup itu, The Westin Langkawi juga menyediakan Westin Kids Club® yang terbuka untuk kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.

Di situ mereka boleh mempelajari tentang tradisi, pemandangan rasa dan bunyi Langkawi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan termasuk menerokai pantai, flora dan fauna serta merasai pengalaman bermain permainan tradisional tempatan. 

Artikel Lain