SEBUT sahaja Maldives antara perkara yang akan telintas di fikiran kita ialah destinasi berbulan madu, resort mewah, pasir memutih dan lautan yang membiru. Jarang kita dengar Maldives menjadi pilihan untuk percutian keluarga apatah lagi apabila penjenamaan pulau-pulau di Maldives adalah untuk percutian romantis meraikan cinta bersama pasangan masing-masing. Kejernihan air laut yang didasari putih pasir pantai antara tarikan luar biasa di Maldives. Namun, di Kurumba cinta itu diraikan bersama keluarga. Pulau percutian yang pertama diwujudkan di Maldives ini hanyalah 10 minit perjalanan dengan bot laju dari Lapangan Terbang Antarabangsa Male. yang singkat ini memudahkan keluarga yang mempunyai anak kecil untuk bergerak dengan mudah. Pemandangan dari sebuah bilik hotel di Pulau Kurumba, Maldives. Walaupun pulau ini tidak berapa jauh berbanding kepulauan lain di Maldives, namun kehijauan flora, pasirnya yang bersih memutih serta kebiruan pantainya tiada tolok bandingan. Pulau Kurumba masih mengangkat reputasi Maldives sebagai kepulauan tercantik di dunia. Bagi mereka yang berhajat ke Pulau Kurumba, terdapat lapan villa yang dapat memenuhi citarasa dan keperluan seisi keluarga. Antara pilihan yang ada ialah Kurumba Residence, Family Villa, Deluxe pool Villa, Beach Villa dan Beachfront Deluxe Bungalow. Menggoda betul tengok pemandangan macam ni. Penginap resort juga disajikan dengan pelbagai pilihan juadah dari Asia dan Barat seperti Jepun, Itali dan India utara. Antara restoran yang disediakan di resort tersebut ialah Restoran Vihamanaa, Al Qasr dan King Thai. Pelbagai aktiviti seisi keluarga menanti pengunjung yang memilih Pulau Kurumba. Antaranya ialah The Sunset and Dolphin Discovery Cruise di mana pengunjung dapat menyaksikan dengan lebih dekat habitat ikan lumba-lumba Spinners dan Bottled Nosed. Sandback picnic pula merupakan aktiviti unik yang diadakan untuk pengunjung di mana setelah pengunjung puas melakukan aktiviti snorkeling dan menyelam pengunjung disajikan makanan tengahari ala berkelah di pulau tersebut. Penulis bergambar kenangan sewaktu bercuti di Maldives. Bagi mereka yang gemar memancing, aktiviti pancing dan lepas turut disediakan di samping mengekalkan keseimbangan ekologi di kepulauan Maldives.Jika anda dan pasangan ingin menghabiskan detik romantis bersama, pusat penjagaan kanak -kanak (Majaa Kids) turut disediakan bagi memastikan anda dapat mengecapi percutian romantis di Maldives. Impian bercuti ke Maldives kini bukanlah hanya untuk pasangan berbulan madu malah untuk seisi keluarga. Panjangkan langkah anda ke Maldives dan raikan cinta bersama keluarga di Pulau Kurumba. ***Jika anda ada cerita pelancongan menarik, hantarlah kepada kami di [email protected]