suria

Nak 'buru' tiket pesawat murah perlu tahu 4 perkara asas ini

Pengunjung mendapatkan info mengenai promosi percutian di MATTA Fair.

SEBELUM pergi bercuti, biasanya menempah tiket kapal terbang menjadi satu perkara yang paling penting.

Apatah lagi menjelang hujung tahun yang mana ramai mahu menghabiskan cuti tahunan dan tak kurang juga menyambut perayaan seperti Krismas dan tahun baharu, pasti masing-masing sibuk menempah tiket penerbangan.

Melihat situasi ini, anda sudah boleh melihat-lihat laman web yang berkaitan kerana jika anda beli pada saat-saat akhir, kuota tempat duduk yang tinggal pun dah tak banyak dan harga sudah pasti melambung.

ARTIKEL BERKAIAN: Jangan jadi penumpang menjengkelkan, elak cakap telefon ketika dalam pesawat!

Memetik laman CheapAir.com, membeli tiket pesawat sebaik-baiknya dilakukan sekurang-kurangnya 54 hari sebelum tarikh berlepas yang mana penumpang dikatakan dapat berjimat sehingga 29 peratus dari harga normal tiket.

Jika bijak merancang anda pasti dapat membeli tiket penerbangan dengan harga murah. 

Namun ‘memburu’ tiket pesawat murah juga ada helahnya! Walaupun sudah dibuat awal, anda masih perlu mengetahui langkah bagaimana menempah tiket pesawat secara tepat.

Berikut cadangan ‘buru' tiket murah pesawat:

1. Tentukan destinasi

Perkara pertama dan paling asas jika anda mahukan satu percutian menjimatkan adalah dengan menentukan destinasi. Pilihlah yang realistik dengan poket anda!

Jelas sekali semakin jauh jarak yang ditempuh menuju destinasi, maka semakin mahallah harga tambang.

Jadi, jika anda mahu bercuti ke luar negara, pastikan negara itu tidak terlalu jauh. Anda boleh pergi Singapura, Indonesia, Thailand atau Vietnam.

2. Kunjungi travel fair

Apabila sudah menentukan destinasi, tindakan seterusnya yang boleh dilakukan adalah berkunjung ke acara travel fair, contohnya Matta Fair.

Di sana, anda dapat lihat banyak promosi pakej percutian menarik yang disediakan ejen pelancongan.

Kebiasaannya, ketika travel fair, tiket penerbangan murah turut ditawarkan syarikat penerbangan tempatan ataupun asing.

3. Faham pola penyusunan tiket

Rupa-rupanya pemilihan waktu yang tepat ketika ‘memburu’ tiket pesawat menentukan nominal harga.

Dalam selok belok dunia ejen perjalanan, pukul 11 pagi dipercayai menjadi waktu syarikat penerbangan melakukan seat control.

Pada waktu itulah syarikat penerbangan melakukan proses pembatalan tempahan awal, yang mana tiket yang sudah ditempah tetapi tidak dibayar.

Jadi, tiket yang sudah dibatalkan itu biasanya dikeluarkan semula pada waktu tersebut.

4. Manfaatkan aplikasi/laman perancangan perjalanan

Lima tahun lalu, pengalaman membeli tiket pesawat adalah berbeza.

Pada waktu itu pengguna harus bertemu satu hingga tiga ejen pelancongan untuk mendapatkan tiket dengan harga terbaik.

Kini, dengan perkembangan teknologi semakin pesat, segalanya boleh dilakukan hanya dengan telefon bimbit dan buka saja aplikasi pelan perjalanan, sebagai contoh Traveloka.

Tak perlu pening kepala memerhatikan satu per satu harga tiket dan buat perbandingan, malah tak perlu periksa harga setiap saat.

Melalui aplikasi ini, guna saja ciri Price Alert untuk mendapatkan tiket yang sesuai dengan bajet.

Penerbangan, Tiket, Cuti

Artikel Lain