TAHUN 2019 bakal melabuhkan tirai buat selama-lamanya. Pastinya ketibaan Tahun Baharu 2020 akan disambut dengan penuh kegembiraan.
Ada yang sudah merancang untuk menyambut ketibaan 2020 dengan agenda tersendiri.
Tetapi bagi yang masih terfikir-fikir lokasi terbaik untuk meraikan sambutan tahun baharu ini sambil menyaksikan percikan bunga api, apa kata anda sertai kemeriahan di beberapa lokasi di Lembah Klang ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Jejak Makanan Warisan KL, Pas MyCity untuk ‘kaki makan’ dan ‘kaki travel’ sempena VM2020
Antara program-program yang bakal dianjurkan menjelang Tahun 2020;
Sambutan Tahun Baharu 2020 di Sunwang Velocity Mall bakal menampilkan artis-artis terkenal tanah air.
2. Sunway Velocity Mall
Sambutan tahun baharu bakal bermula pukul 5.30 petang dengan kehadiran pelbagai food truck dan permainan untuk pengunjung.
Manakala konsert bermula pukul 10 malam dengan persembahan artis-artis tempatan termasuk Danny Khoo, Janna Nick, Hael Husaini, Insommiacks, Jieting, Juztin Lan, Deniis Yin & Dance Crew.
3. The Square, Jaya One
Persembahan DJ dan artis bermula pukul 6.30 petang hingga 1 pagi.
4. KidZania KL
Sambutan bersama keluarga tersayang di KidZania Kuala Lumpur. Pelbagai porgram disediakan untuk anak-anak dan juga orang dewasa.
Acara bermula pukul 6.30 petang hingga 12 tengah malam.
5. Publika Shopping Mall
Menyambut tahun baharu bersama pelawak legenda Harith Iskander dan kawan-kawan sepanjang malam menjelang acara kemuncak pukul 12 tengah malam.
Dapatkan tiket lebih awal agar tidak terlepas untuk ketawa bersama mereka.
6. Plaza Arkadia, Desa Park City
Karvinal makanan telah berlangsung sejak 28 Disember lalu dengan menyediakan pelbagai jenis hidangan sepanjang hari. Acara kemuncak bakal berlangsung pada detik 12 tengah malam.
7. Mega Star Arena, Viva Home
Pelbagai aktiviti dan persembahan berlangsung bermula 8 malam. Tiket berharga RM10 dikenakan setiap orang dan ianya akan didermakan kepada Persatuan Insan Istimewa.
8. Sunway Lagoon
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk orang ramai serta persembahan DJ terkenal seperti Hook n Sling, Tori Levett dan Woodland.
Turut disediakan sebanyak 20 vendor makanan untuk pelbagai jenis hidangan.
9. Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Program hampir satu hari itu turut menampilkan pelbagai acara menarik antaranya pertandingan e-sukan seperti ‘PubG’, ‘Call of Duty’, ‘Fifa20’ dan ‘Tekken 7’, pertandingan dron serta kendera saji yang akan berterusan hingga malam.
Turut diadakan acara Penalti Ambang 2020, ‘Netball Shootout Ambang 2020′, Beyblade yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan.
Sambutan lebih meriah apabila pada malam berkenaan turut diadakan persembahan penyanyi popular, Black Mentor, Syamel dan Ernie Zakri.
10. KLCC
Program bakal berlangsung di Esplanade, KLCC Park bermula pukul 9 malam dengan persembahan artis-artis tanah air terkenal seperti Atilia Haron, Siti Sarah, Tasha Aleia, Hazama, Azlan and The Typewriter, Ismail Izzani, Elvira Arul Noryn Aziz dan Shalma Elyana menjelang sambutan tahun baharu.