suria

Ada plan nak bercuti? Semak 5 tip menempah bilik untuk elak jadi mangsa scam

Gambar hiasan bilik hotel yang telah ditempah.

MENEMPAH tempat penginapan ketika melancong di luar negara bukan perkara mudah seperti disangka kerana pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk jarak, kemudahan dan persekitaran sekeliling.

Bagaimanapun kebanyakan daripada kita lebih mengutamakan soal harga murah sebelum membuat tempahan tetapi tanpa disedari sebenarnya ia adalah scam dan anda perlu berwaspada!

Tak mengapa, terdapat beberapa tip yang boleh anda ikuti agar tempahan bilik hotel bukan sahaja diperoleh pada harga berpatutan malah memuaskan hati!

ARTIKEL BERKAITAN: Nak tahu hari apa sesuai untuk tempah pakej pelancongan dan tiket penerbangan? Jom baca artikel ini

1. Jangan terpedaya gambar!

Jika ada hotel yang memaparkan gambar bilik yang luas dengan hiasan dalaman menarik, jangan terpedaya dahulu.

Gambar tidak menceritakan segalanya. Sebaiknya cari yang mempunyai info lengkap tentang hotel tersebut termasuk keluasan bilik yang ditawarkan. Bukan apa, dalam gambar sahaja luas tetapi apabila sudah sampai rupa-rupanya kecil dan sempit.

2. Pemandangan, balkoni

Seperti gambar, jangan terus terpedaya dengan harga yang murah tetapi memiliki pemandangan gunung serta lautan yang indah.

Biasanya bilik yang mempunyai pemandangan menarik atau balkoni harganya lebih mahal. Sebaiknya semak lokasi hotel menerusi Google Street View dan ulasan pengunjung sebelum membuat tempahan.

Pemandangan yang menarik salah satu faktor tempahan hotel dibuat.

3. Maksud berbeza

Jika tidak yakin, sebaiknya tanya kepada pihak hotel mengenai maksud saiz katil king, twin-size atau double room. Bukan apa, seperti di Amerika, double room bermaksud bilik dengan dua katil berkembar. Berbeza di Eropah, double room pula bilik dengan katil berkembar.

4. WiFi palsu

Sudah pasti antara perkara menjadi keutamaan adalah WiFi! Tetapi sebaiknya guna perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hotel agar lebih terjamin keselamatan anda.

Jangan cepat teruja dengan pelbagai rangkaian percuma kerana ia mungkin milik penggodam. Jadi pastikan anda bertanya sekiranya pihak hotel ada menyediakan WiFi atau tidak.

5. Bayaran tambahan

Biasanya pihak hotel akan meminta wang pendahuluan sebagai jaminan sekiranya terdapat kerosakan.

Masuk sahaja ke bilik anda, sebaiknya semak setiap ruang dan pastikan semua barang berfungsi dengan baik. Jika ada kerosakan segera panggil petugas hotel agar anda tidak dituduh melakukan kerosakan itu.

Hotel, Luar Negara, Travel

Artikel Lain