BUKAN sahaja di Malaysia, bahkan hampir seluruh dunia berdepan dengan wabak paling berbahaya setakat ini dan dikategorikan sebagai tahap pandemik Covid-19. Susulan penyebaran virus yang terlalu pantas itu, menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu, malah mungkin ia akan disambung jika wabak ini tidak menunjukkan pengurangan kes. Perintah ini adalah untuk kebaikan semua bagi menyekat penularan rantaian wabak Covid-19. Susulan wabak ini juga, ramai kaki travel yang terpaksa membatalkan rancangan percutian mereka, sama ada dalam atau ke luar negara. ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Rakyat dilarang ke luar negara, pelancong disekat masuk ke Malaysia Namun, jangan risau sepanjang tempoh penggantungan percutian ini, banyak perkara yang boleh anda lakukan. Apa kata dalam masa sehingga 31 Mac ini anda mengimbaskan kenangan-kenangan manis ketika percutian sebelum ini. Ayu berkongsi tip untuk kaki travel sepanjang tempoh penggantungan percutian ke luar negara. Seorang kaki travel yang dikenali Ayu Hasman berkongsi beberapa tip berguna untuk yang suka travel. 1. Muat naik throwback di Instagram & Facebook. Masa ni la anda boleh bersihkan memori telefon bimbit sendiri dengan upload ribuan gambar dari trip sebelum ini. Mana tau, lepas habis PKP ini anda tiba-tiba boleh hasilkan duit jadi Travel Influencer. Tak cuba, tak tahu (Jangan lupa letak hashtag #throwback.) 2. Setup blog dan mula menulis pengalaman travel. Kalau kena gaya, anda pun boleh menjana pendapatan dari situ. Rakyat Malaysia atau pelancong tidak dibenarkan keluar dan masuk negara berikutan penularan Covid-19. 3. Edit dan print gambar holiday dalam bentuk photobook. Kalau masa bekerja... memang tak sempat nak buat semua benda ini. 4. Belajar online video editing. Lepas tu anda edit sendiri video travel itu. Dah siap edit, muat naik di Channel Youtube. Kalau tak reti juga, anda boleh cuba edit video guna mobile Apps FilmoraGo ataupun Quick. Mudah saja! 5. Merancang next percutian walaupun tak tahu bila nak pergi. Dreaming is free. Kalau berangan ni boleh membuatkan korang gembira semasa berada di rumah, why not!