SETIAP negara mempunyai tarikan tersendiri untuk menarik pelancong datang ke lokasi tersebut. Tidak kira pelusuk mana sekali pun, asalkan ada tempat menarik, ia akan dimasukkan dalam 'bucket list' untuk dilawati kemudian hari. Bagi kaki travel yang juga pecinta kucing, pastinya anda tidak akan ketinggalan untuk menambah pengalaman atau 'berkenalan' dengan si manja yang terdapat di negara lain.ARTIKEL BERKAITAN: Umpama terkena sumpahan ketika ditutup 6 minggu akibat Covid-19, kini Kampung 'Frozen' rindukan kunjungan pelancong... bakal dibuka 15 Mei ini Lebih menarik, mereka akan dilayan secara istimewa. Jadi, sekiranya anda pergi ke lokasi-lokasi ini, jangan lupa melawat dan merakam aksi comel si bulus. 1. Aoshima Island, Jepun Pulau keempat terbesar di Jepun yang dinamakan 'Cat Island'. Bermula dengan beberapa ekor kucing ditempatkan di situ, akhirnya bertambah dari masa ke semasa. Kucing-kucing yang ada di sini tidak sombong dan kelihatan gembira sekiranya pelancong ingin merakam gambar bersama. Perkampungan kucing di Isle Of Mann. Foto: GettyImage 2. Mann Cat Santuary Menjadi salah satu lokasi tumpuan di Santon, Isle Of Mann yang ditemui pada tahun 1996. Kucing-kucing yang terbiar atau cacat diletakkan disini. Paling menarik biarpun tidak bertuan, mereka dijaga dengan baik dan mempunyai lokasi sendiri seluas 6 ekar untuk mereka tinggal di situ. 3. KattenKabinet, Amsterdam Diasaskan pada tahun 1990 apabila seorang lelaki kaya mahu menjadikan tempat ini sebagai memori buat kucingnya bernama Tom. Muzium ini dipenuhi dengan gambar kucing, poster, lukisan dan koleksi kucing sebenar. Di sini juga terdapat kedai-kedai cenderamata untuk peminat si bulus. Muzium kucing semepena seekor kucing bernama Tom. Foto:GettyImage 4. Largo di Torre Argentina, Rom Dataran kuno Rom telah menjadi rumah bagi banyak kucing liar, yang bertindak sebagai tempat perlindungan tempatan yang dikendalikan oleh sukarelawan. Rom juga mempunyai kawasan persendirian kucing. Foto: GettyImage 5.Ernest Hemingway Home and Meseum, Florida Ramai peminat sastera dan sejarah tiba di Old Town Key West untuk mengetahui tentang kehidupan Ernest Hemingway, tetapi anda juga dapat menggunakannya sebagai peluang untuk bertemu dengan beberapa kucing yang suka dipeluk! Lokasi ini mempunyai sekitar 50 kucing dan semuanya mempunyai enam jari kaki! Sebenarnya, Hemingway adalah nama seekor kucing berkaki enam, berwarna putih yang digelar seorang kapten kapal yang berlabuh di sini malah terdapat juga beberapa ekor kucing yang tinggal di perkarangan muzium adalah keturunan kucing asli itu, bernama Snow White. Hemingway nama seekor kucing berkaki enam. Foto: GettyImage 6. Kafe Kucing, Jepun Jepun mempunyai lebih dari 150 kafe kucing di seluruh bandar. Kafe-kafe ini, yang disebut kafe Neko, adalah kedai kopi biasa dan boleh menikmatinya bersama sekeping kek di samping kucing-kucing yang melepak di situ. Kebanyakan lokasi utamaya di Tokyo atau Kyoto, dan selalunya anda perlu menempah lebih awal kerana terlalu ramai pengunjung. 7. Lady Dinah Cat Emporium, London Kafe Lady Dinah Cat Emporium perlu berada dalam senarai anda. Dalam masa sama anda boleh berinteraksi dengan kucing-kucing yang ada di situ sambil menjamu selera dengan pemandangan ruang teh menarik gaya Alice in Wonderland. Kafe kucing di London. Foto: GettyImage 8. The Greek Island of Syros Kepulauan Yunani ini berfungsi sebagai tempat perlindungan untuk kira-kira 65 kucing dijaga oleh penduduk tempatan. Kucing itu sendiri juga bersedia sekiranya anda berminat untuk menjadikan mereka 'anak angkat'. Pun begitu percayalah mereka lebih selesa tinggal di situ kerana mempunyai ruang yang luas dan bebas berkeliaran.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!