BEBERAPA negara di Eropah sudah mula membuka kembali sektor pelancongan mereka serta mengalu-alukan kedatangan pelawat. Lonely Planet menyenaraikan lima negara di Eropah yang selamat dikunjungi memandangkan kes Covid-19 di negara tersebut sedikit jumlahnya. Bagaimanapun, kesemua destinasi itu sangat menitikberatkan soal protokol dan keselamatan bagi mengekang penularan wabak itu termasuk di kawasan tumpuan, hotel, restoran dan pusat beli-belah.ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu travel jauh... ronda-ronda sekitar Sepang pun cukup menarik! Berikut adalah lima negara yang dipilih portal pelancongan tersebut; 1. Georgia Jika dibandingkan dengan negara-negara di dunia, Georgia mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 yang sedikit ekoran tindakan kerajaannya mengekang penularan wabak itu dengan cepat. Jumlah kes di Georgia dicatatkan 260 kali lebih rendah berbanding negara Eropah lain dan sehingga kini, angka Covid-19 di negara itu hanya 879 kes manakala 704 daripada pulih. Hanya 14 kematian dicatatkan. 2. Greece Seperti Georgia, Greece mencatatkan jumlah kes dan kematian disebabkan Covid-19 yang rendah iaitu 50 kali lebih rendah berbanding negara Eropah lain. Greece tidak menunggu lama untuk membuka kembali sektor pelancongan kepada pelancong dan ia antara negara selamat dikunjungi. Bagi memastikan keselamatan orang ramai, kerajaan negara itu memperkenalkan SOP ketat bagi mengekang penularan wabak tersebut. Tidak hanya di restoran atau hotel, Greece turut mengarahkan orang ramai yang berkunjung ke pantai untuk mengamalkan penjarakkan sosial. 3. Portugal Beberapa destinasi pelancongan di Portugal seperti Kepulauan Azores, Algarve dan Madeira sudah pun dibuka kepada orang ramai selepas negara itu mencatatkan kes Covid-19,40 kali lebih rendah berbanding negara lain di Eropah. Pun begitu, pelancong luar yang masuk ke negara itu diwajibkan melakukan ujian virus Covid-19 selain perlu dikuarantin selama 72 jam sekiranya didapati negatif. Jika ke Kepulauan Madeira, pelancong perlu dikuarantin selama 14 hari. Bagi wisatawan yang datang ke Kepulauan Azores, akan melalui pemeriksaan virus Corona dan menunggu selama 72 jam jika dinyatakan negatif. Selain itu, Jika wisatawan berkunjung ke Kepulauan Madeira maka akan diisolasi selama 14 hari. 4. Croatia Croatia mencatatkan kes wabak itu 20 kali lebih rendah berbanding negara Eropah lain. Seperti Greece, Croatia merupakan salah sebuah negara di benua itu yang mempunyai infrastruktur perubatan tertinggi bagi per penduduk. Negara ini juga sudah mula menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu termasuk dalam sektor pelancongannya malah, Croatia turut menawarkan pelayaran peribadi bagi yang ingin merasai keindahan negara itu. 5. Romania Berbanding negara-negara Eropah lain, Romania mencatatkan kes positif 15 kali lebih sedikit iaitu sehingga kini 22,165 kes manakala 1,427 kematian. Pelancong dialu-alukan ke Romania tetapi perlu menjalani kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga. Tahun lalu, Romania diangkat seagai destinasi paling membangun dan menjadi pilihan pelancong dari serata Eropah. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!