SELEPAS beberapa destinasi pelancongan popular mengumumkan pembukaan semula operasi mereka, kini tiba giliran Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar membuka pintu kepada pengunjung. Ia sejajar dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang turut membenarkan pembukaan semula sektor pelancongan Malaysia secara berperingkat. Bermula 27 Jun 2020, kedua-dua menara ikonik itu akan beroperasi melibatkan semua perniagaan, tarikan dan kemudahan sedia ada dengan waktu operasi baharu.ARTIKEL BERKAITAN: Balai Seni Negara dibuka semula, hadkan hanya 30 pengunjung di 2 galeri Tarikan lain di bawah pengurusan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd seperti Muzium Telekom dan Muzium Telegraf, di Taiping pula akan dibuka pada 29 Jun 2020. Menara Alor Setar juga sudah bersedia menerima kunjungan pelancong mengikut SOP ditetapkan kerajaan. Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Ainol Shaharina Sahar berkata, pihaknya telah bersdia untuk menerima kunjungan pelancong dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan Covid-19. Ini termasuklah, melakukan sanitasi penuh bagi memastikan tahap kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis dan pembersihan secara berkala setiap 45 minit setiap hari. Pembukaan semula itu dibuat selepas ia ditutup kepada pengunjung selama tiga bulan sebelum ini. "Bagi merancakkan kembali sektor pelancongan di Malaysia, ada satu kejutan istimewa pada Julai yang akan diumumkan tidak lama lagi," kata Ainol. Berikut adalah waktu lawatan baharu; Menara Kuala Lumpur 10.00 pagi – 7.00 malam (Dibuka setiap hari) Menara Alor Setar - 10.00 pagi – 10.00 malam (Dibuka setiap hari) Muzium Telekom - 9.00 pagi – 5.00 petang (Dibuka setiap hari Tutup: Cuti Umum) Muzium Telegraf - 9.00 pagi – 5.00 petang (Dibuka setiap hari Tutup: Cuti Umum) *sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499/ layari www.menarakl.com.my/ facebook @officialmenarakl/ Instagram @menarakl. Manakala Menara Alor Setar ditalian 04-720 2901/ layari www.menaraalorsetar.com.my/ facebook @menaraalorsetarofficial/ instagram @menaraalorsetarofficial. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!