PASTI ramai daripada kita berharap pandemik Covid-19 akan segera berakhir sekali gus membolehkan perjalanan ke luar negara dapat dilakukan. Ketika ini juga, ramai yang membuat carian dan perancangan mengenai destinasi yang ingin dikunjungi pada tahun hadapan meskipun masih samar-samar sama ada virus itu akan terus menguasai dunia atau sebaliknya.ARTIKEL BERKAITAN: Cabar adrenalin dalam pusat beli belah! Ini 11 permainan lasak lagi mendebarkan anda kena cuba di Escape Challenge Menurut kajian yang dikendalikan oleh Kuoni, Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah antara destinasi pilihan pelancong untuk dilawati pada tahun hadapan. Pelancong Eropah memilih Maldives sebagai destinasi pilihan. UAE terdiri daripada Dubai, Abu Dhabi, Ajman, Ras Al Khaimah, Fujairah, Umm Quwwain dan Sharjah. Ia berdasarkan analisa data carian Google dan mengejutkan Amerika Syarikat, Qatar dan Kanada duduk di belakang UAE sebagai destinasi paling dicari dan ingin dikunjungi pada 2021. Mesir turut berada dalam senarai tersebut dan lebih mengejutkan ramai ingin ke Perancis dan Belgium meskipun kedua-dua negara itu agak teruk terkesan dengan Covid-19. Bagi pelancong dari negara Sepanyol dan Turki, ramai yang membuat carian tentang destinasi menarik di Itali. Jepun pula pilihan pelancong Amerika dan Kanada. Manakala pelancong dari Eropah seperti dari Romania, Bulgaria dan Poland pula tertarik dengan Maldives sebagai destinasi pilihan mereka. Penduduk di Amerika dan Kanada pula banyak membuat carian tentang Jepun selain menyatakan ia destinasi wajib sekiranya pintu sempadan kembali dibuka. Bagaimanapun, itu semua hanyalah berdasarkan carian namun ketika ini semuanya bergantung kepada situasi kesihatan dunia apatah lagi kebanyakan negara mengenakan pelbagai peraturan dan undang-undang ketat bagi membendung penularan virus Covid-19. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!