suria

Asal naik kereta nak muntah... Cuba 4 langkah ini elak pening, mual

Ramai yang mudah berasa pening dan mual terutamanya apabila terpaksa menempuh perjalanan jauh.

MEMANDANGKAN ketika ini kita masih belum dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke luar negara, ramai memilih bercuti ke destinasi domestik yang menarik.

Bagi menjamin keselamatan dan tidak terdedah kepada penyebaran Covid-19, ramai juga memilih menggunakan kenderaan peribadi berbanding pengangkutan awam seperti bas atau kereta api.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow tree house! Bagai terdampar di private island... Ketahui 10 sebab kenapa chalet di Nenasi ini wajib ada dalam list percutian anda

Namun perjalanan yang jauh boleh membuatkan sesetengah orang berasa tidak selesa duduk terlalu lama di dalam kereta sehingga berasa mula dan muntah.

Ada cara sebenarnya untuk menghilangkan rasa mual kepada berjalan jauh.

1. Memandangkan ke luar tingkap

Jika anda berasa hendak muntah atau mual, cuba alihkan pandangan ke luar tingkap. Tumpukan perhatian kepada objek yang jaraknya agak jauh.

Cara ini boleh menghilangkan rasa mual dan pening. Selain itu, anda boleh mengubah posisi duduk bagi mengurangkan rasa pening dan ingin muntah.

2. Makanan ringan

Makanan ringan seperti jeruk, biskut, buah-buahan boleh membantu menghilangkan 'mabuk' ketika berada dalam kereta selain mengalihkan fokus anda.

3. Jangan baca buku atau main telefon

Ketika berada dalam kereta yang bergerak, cuba elak membaca buku atau bermain telefon kerana ia boleh menyebabkan rasa mual dan pening.

Sebaliknya cuba mendengar muzik yang boleh menenangkan anda ketika dalam perjalanan.

4. Berbual

Bagi mengalihkan perhatian agar tidak berasa pening, cuba berbual-bual dengan keluarga atau rakan yang lain dalam kereta. Itu menjadi salah satu cara terbaik untuk menghilangkan rasa mual.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain