PENULARAN wabak Covid-19 yang masih belum berkesudahan nampaknya benar-benar memberikan kesan kepada sektor pelancongan di Indonesia terutamanya Bali. Pulau yang popular dalam kalangan pelancong antarabangsa itu dikatakan sunyi malah jumlah pelancong yang sebelum ini mencecah ratusan ribu kini boleh dikira dengan jari.ARTIKEL BERKAITAN: Buka sahaja menu enak, siap boleh OOTD lagi... check-out 15 kafe 'Instagrammable' di Selangor Sebanyak 90 peratus ekonominya bergantung kepada sektor pelancongan dan Bali sudah berhadapan dengan kemelesetan lebih daripada setengah tahun. Walaupun Bali kini menerima kunjungan pelancong domestik namun ia tidak cukup untuk merancakkan kembali ekonomi. "Bali kini sepi. Biasanya lapangan terbang cukup padat dan sesak dengan kehadiran pelancong. Pantainya juga menjadi sunyi," kata salah seorang penduduk di situ. Bali bertukar sepi sejak Mac lalu apabila data menunjukkan penurunan secara drastik kehadiran pelancong dan lebih parah, hanya 22 pelancong yang berkunjung ke pulau peranginan itu Ogos lalu. Pada Ogos tahun lalu, Bali mencatatkan kehadiran pelancong sebanyak 616,000 selain mencatat kerugian RM25 juta. - DETIK Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!