suria

Menara Eiffel kembali dibuka kepada pengunjung dengan protokol ketat

Menara Eiffel dibuka kembali kepada pengunjung selepas beberapa bulan ditutup akibat Covid-19.

MENARA Eiffel akan kembali dibuka kepada orang ramai pada 16 Julai depan selepas beberapa bulan ditutup ekoran pandemik Covid-19 kata pihak pengurusannya seperti dilaporkan AFP.

Bagaimanapun jumlah pengunjung akan dihadkan kepada 10,000 sehari demi memastikan penjarakan fizikal dapat dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Catatan pengembara... Di sebalik keindahan Jaffa, tersimpan pelbagai sejarah bumi Palestin

"Setelah beberapa bulan ditutup, pihak pengurusan tidak sabar menanti kedatangan pengunjung dan bagi menjamin keselamatan pelawat, kami mengamalkan protokol ketat," kata presiden Menara Eiffel, Sete Jean-Francois Martins.

Pesanan tiket secara dalam talian juga dibuka bermula 1 Jun 2021.



Pandangan udara kota Paris dengan pemandangan Menara Eiffel yang berdiri megah.

Menara Eiffel yang dibina pada 1889, biasanya menerima tujuh juta pengunjung setiap tahun atau tiga perempat daripadanya adalah pelancong dari luar negara.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun sejak pandemik, pihak pengurusan menara itu mengalami kerugian 70 juta Euro pada 2021 manakala 52 juta Euro tahun lalu.

Perancis pada awal bulan lalu melonggarkan sekatan terhadap rakyatnya selepas mengamalkan kawalan pergerkan selama enam bulan.

Malah kafe dan restoran sudah boleh menerima kedatangan pelanggan dan makan di premis selain pihak kerajaan negara itu merancang untuk membuka kembali ekonomi sepenuhnya menjelang akhir Jun.

Untuk rekod, muzium, panggung wayang, teater juga akan kembali dibuka selepas ditutup selama 203 hari. Pihak Disneyland Paris pula akan membuka pintu taman tema itu kepada pengunjung pada 17 Jun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain