PEMANDANGAN hamparan sawah padi yang kehijauan berserta kepulan awan seperti kapas yang menghiasi langit biru cukup membuai perasaan. Apatah lagi jika dapat duduk di pangkin dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa sambil menghirup secawan kopi hangat.ARTIKEL BERKAITAN: Semak 10 panduan ini terlebih dahulu sebelum anda terbang ke Langkawi Semua ini mampu menjadi realiti ketika ini apabila Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa Dua pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tiada lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) antara daerah dan dua negeri ini. Pemandangan sawah padi dari balkoni cukup mempersonakan. Mungkin ketika ini ramai mengambil peluang bercuti ke Pulau Langkawi tetapi bagi yang tak berkesempatan, apa kata jalan-jalan dulu ke Sungai Besar, Selangor yang tidak kurang hebatnya dengan destinasi peranginan lain. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi jika ke Sungai Besar adalah pasar petang Sungai Haji Dorani yang menawarkan pelbagai jenis makanan laut segar seperti ikan, kerang, kepah, mentarang, pepahat dan sebagainya. Pengunjung juga boleh singgah ke Nisah Agro Farm yang merupakan ladang cendawan tiram putih selain ke pasar Jerami Ban Kenal yang unik untuk membeli barangan kampung. Aktiviti memancing pada waktu petang. Sebenarnya terdapat pelbagai lokasi menarik di Sungai Besar dan tidak cukup hanya lawatan sehari ke sana.Jadi apa kata singgah bermalam di Anis Raudhah Homestay bagi merasai pengalaman dan suasana kampung yang semakin hilang ditelan arus komodenan. Terletak di hadapan sawah padi yang menghijau, pengunjung bukan sahaja boleh menikmati pemandangan indah tetapi juga berbasikal menelusuri kawasan kampung untuk menyelami kehidupan di luar bandar. Kanak-kanak bebas berlari di tepi sawah padi. Percayalah, selepas beberapa bulan terperap di rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, percutian di kawasan luar bandar adalah sesuatu yang nikmat. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Anis Raudhah Homestay seperti bermain layang-layang, berbasikal, memancing dan melihat aktiviti bersawah.Pada waktu malam pula, pengunjung boleh menikmati keindahan langit yang luas terbentang di hadapan mata dan tanpa sedar kita akan lebih menghargai alam. Melepak di pangkin di tepi sawah pada waktu petang cukup mendamaikan. Homestay itu diusahakan pasangan suami isteri pesara guru iaitu Mahani Muhammad, 51, dan Omar Zakaria, 58, yang mengambil keputusan mendirikan inap desa untuk orang bandar menikmati suasana kampung. Membinanya di atas tanah milik mereka, Mahami memberitahu daripada sebuah rumah yang dibina, kini inap desa itu mempunyai lima buah rumah berkonsepkan kampung memandangkan mereka mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung. "Pada awalnya kami bina rumah berkonsepkan kampung ini sekadar suka-suka dan untuk kegunaan sendiri tetapi apabila sering mendapat pertanyaan sama ada ia disewa ataupun tidak, maka timbul idea untuk menjadikan ia sebagai inap desa. Bilik yang selesa untuk tetamu. "Daripada sebuah rumah, kini kami sudah membina lima buah rumah bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat dan inginkan percutian suasana kampung," katanya kepada mStar. Sementara itu, Mahani berkata, rata-rata pengunjung yang datang adalah keluarga yang menginginkan percutian santai dan jauh dari hiruk pikuk kota. Selain menyediakan tempat tinggal, Mahani memberitahu di inap desanya, dia turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti dapur, ruang makan, pangkin, basikal dan sebagainya bagi kegunaan pengunjung. Binaan rumah kampung yang menjentik nostalgia. Malah kata Mahani, dia juga akan menghias kawasan homestay itu mengikut tema atas permintaan pelanggan."Contohnya pada sambutan hari raya, ada pengunjung meminta kami hiaskan laman dengan lampu minyak tanah, tempat bakar lemang selain perhiasan berkaitan Aidilfitri. "Ia mampu membangkitkan mood apatah lagi pengunjung yang datang tidak mempunyai kampung untuk berhari raya," katanya. Meskipun sudah beberapa bulan tidak beroperasi disebabkan PKP yang dilaksanakan, Mahani memberitahu dia dan suami mengambil peluang itu untuk menambah baik keadaan inap desa dan kini sudah bersedia menerima tetamu. Mahani dan Omar mahu memberi pengalaman percutian kampung kepada pengunjung. Malah katanya, sejak Lembah Klang beralih ke Fasa Dua PPN tempahan pelanggan utuk menginap penuh."Ramai yang menanti untuk bercuti bersama keluarga meskipun hanya sekadar percutian domestik dan kami berharap dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada pengunjung dalam tempoh sukar ini," ujarnya. Bagaimanapun, Mahani menegaskan bagi mengelakkan penularan wabak, inap desanya mengamalkan SOP ketat sesuai dengan syarat dikeluarkan pihak kerajaan dan menjadi keutamaannya. Selain premis disanitasi setiap hari, dia juga turut menyediakan cecair pembasmi kuman selain kod imbas MySejahtera disediakan di setiap unit rumah di inap desa itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI