SELEPAS dua tahun, Australia akhirnya akan membuka semula pintu sempadannya kepada pelawat lengkap vaksin bulan ini sekali gus menamatkan kesengsaraan bagi sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik. Langkah itu diambil sebagai respons terakhir negara itu terhadap Covid-19 apatah lagi trend jangkitan dan kadar kematian di negara yang terkenal dengan kangaru tersebut agak rendah.ARTIKEL BERKAITAN: Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka tak lama lagi, pengunjung boleh mengembara ke 9 dunia Pada Disember lalu, kerajaan Australia turut memansuhkan penutupan dan sekatan perjalanan terhadap rakyatnya. Pembukaan semula pintu sempadan pada 21 Februari ini turut menandakan pelawat dari seluruh dunia boleh menerokai Australia asalkan mereka telah mendapatkan vaksinasi lengkap. Industri pelancongan Australia terjejas teruk akibat pandemik. "Jika anda telah lengkap suntikan vaksin, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Australia," kata Perdana Menterinya, Scott Morrison. Industri pelancong terjejas teruk akibat pandemik apatah lagi kerajaan mengenakan pelbagai sekatan pejalanan dalam usaha melandaikan kes Covid-19 di negara tersebut. Kerugian sektor pelancongan antarabangsa dan domestik negara itu sejak bermulanya wabak itu berjumlah AS$72 bilion, menurut Tourism Research Australia (TRA). Malah perbelanjaan perjalanan antarabangsa di Australia juga menjunam daripada AUD44.6 bilion pada tahun kewangan 2018-2019 kepada AUD1.3 bilion pada 2020-2021 kata TRA. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Qantas Airways, Alan Joyce berkata, syarikat penerbangan itu sedang meneliti jadual penerbangan untuk menentukan cara memulakan semula penerbangan dari lokasi antarabangsa tidak lama lagi. Hanya pelancong dengan vaksin lengkap dibenarkan masuk ke Australia. Seperti tempat lain di dunia, kes Covid-19 di Australia turut memperlihatkan lonjakan dalam beberapa minggu kebelakangan ini disebabkan oleh varian Omicron yang menurut pakar mungkin lebih mudah berjangkit tetapi tidak seganas berbanding varian sebelumnya. Tetapi dengan lebih sembilan daripada 10 warga Australia berusia lebih 16 tahun telah melengkapkan dos vaksin, kes baharu dan kemasukan ke hospital menunjukkan penurunan ketara. Negara itu melaporkan lebih daripada 23,000 jangkitan baharu pada Isnin lalu, yang terendah untuk 2022 dan jauh daripada paras tertinggi iaitu 150,000 kes bulan lalu. Morrison turut memberitahu kerajaannya akan menghantar sehingga 1,700 kakitangan Angkatan Pertahanan Australia untuk mengisi kekurangan kakitangan dalam sektor penjagaan warga emas, berikutan aduan kekurangan kakitangan dan keletihan akibat peningkatan tekanan yang dibawa oleh wabak itu. Kira-kira 2.4 juta kes telah direkodkan di Australia sejak kes Omicron pertama dikesan di Australia pada November. Sehingga itu, Australia hanya mencatatkan sekitar 200,000 kes. Jumlah kematian berjumlah 4,248 sejak wabak itu bermula. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI