suria

Nak melancong gaya mewah... Ini 5 cara tempah tiket penerbangan business class tapi murah

Tinjauan carian penerbangan Skyscanner mendapati lebih ramai pelancong inginkan tempat duduk yang luas dan selesa selain tiket tambang yang lebih murah.

SESIAPA pun pasti akan teruja apabila duduk di kerusi utama penerbangan kategori bisnes walaupun tidak semua yang sanggup untuk membelanjakan wang mereka.

Inilah sebabnya mengapa ramai yang lebih memilih penerbangan tambang murah tanpa perlu membayar bagasi tambahan demi untuk penjimatan kos.

ARTIKEL BERKAITAN: Australia kembali buka pintu sempadan, pelawat dengan status vaksinasi lengkap dibenarkan masuk

Namun, tinjauan yang dijalankan oleh enjin carian penerbangan Skyscanner, ramai penumpang lebih suka akan ruang tempat duduk yang selesa dan luas dengan pelbagai kemudahan lain disamping dapat merasai pengalaman layanan mesra krew kabin.

Cawangan Jerman Skyscanner mendapati, semakin ramai pelancong bersedia untuk membayar harga yang lebih tinggi untuk tiket kelas perniagaan berbanding sebelum wabak.

Bagaimanapun, tiket kelas perniagaan tidak semestinya mahal, menurut pakar pelancongan Skyscanner, Friederike Burge, ada beberapa cara untuk menjimatkan wang ketika menempah tiket kelas atas, termasuk;

1. Cuba jadi fleksibel

"Untuk mencari tawaran terbaik, pelanggan perlu peka untuk mencari waktu ketika lapangan terbang fleksibel dan memilih tarikh serta masa yang sesuai," kata Burge.

Ini kerana, melalui laman web tempahan penerbangan, biasanya kuasa ditangan anda untuk menetapkan harga semasa mencari tiket tambang murah. Malah, ia akan segera memberitahu anda tentang penurunan harga atau tawaran istimewa.

2. Cari penerbangan ekonomi premium

Pun begitu, jangan lupa syarikat penerbangan tambang rendah juga sering menawarkan kategori berbeza yang harus disertakan dalam carian.

Walaupun, carian kelas perniagaan syarikat penerbangan tambang murah agak berbeza dibandingkan dengan tempat duduk ekonomi premium di syarikat penerbangan lain, tetapi tiket mungkin lebih murah.

3. Bida lelongan di talian

Mungkin berbaloi mengintai lelongan dalam talian untuk naik taraf tempat duduk apabila sudah berada di lapangan terbang, malah ada yang beruntung mendapat tempat duduk secara percuma.

Ia berikutan banyak syarikat penerbangan kini menawarkan pembidaan langsung untuk baki kerusi kelas pertama atau kelas perniagaan untuk penumpang yang sudah mempunyai tiket kelas ekonomi.

4. Kerap guna point penerbangan

Burge juga menerangkan, penggunaan mata penerbangan merupakan pilihan penumpang yang paling diingini. Malah, ia boleh digunakan untuk menaik taraf ketika melanggan tiket kapal terbang tanpa penambahan wang.

Kadangkala, syarikat penerbangan sering menawarkan pengguna kad kredit yang membantu anda mengumpul mata dengan lebih pantas.

5. Tawaran istimewa

Dalam pada itu, pakar pelancong berpendapat menjadi subcribers kepada mana-mana syarikat penerbangan juga adalah cara terbaik untuk mengetahui atau mendapatkan sebarang tawaran istimewa.

Sebagai contoh, apabila terdapat harga tawaran diperingkat awal, pelanggan tetap atau subscriber sering didedahkan akan tawaran istimewa itu terlebih dahulu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain