suria

Majlis Rumah Terbuka Malaysia meriah, penuh warna-warni... Warisan seni dan budaya Terengganu unik!

Suasana di Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 yang berlangsung di Terengganu baru-baru ini.

MERIAH dan penuh warna warni!

Menepati sasaran, Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 berjaya menjadi wadah untuk terus memupuk semangat perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Buktinya orang ramai terdiri daripada pelbagai kaum dan agama berkumpul sepanjang tiga hari acara ini berlangsung bermula 19 hingga 21 Mei baru-baru ini.

Program MRTM Aidilfitri 2022 yang julung kalinya diadakan di Terengganu ini mengetengahkan tradisi menyambut perayaan Aidilfitri sekali gus dapat menjadi wadah penyemarakkan pelancongan budaya di Malaysia.

GAMBAR 2

Antara aktiviti yang berlansung di MRTM Aidilfitri 2022 baru-baru ini.

Bagi yang berpeluang berkunjung ke MRTM Aidilfitri 2022 baru-baru ini, pastinya program seperti

Rewang Raya, Kenduri Rakyat, Pertandingan Lumba Perahu, Himpunan Keris, Gateh Busana, Kambing Cantik, Pertandingan Ayam Ratu, Zoo Kampung, Wau Gegok Damak, Tok Dekor Jangok, Tewah Ngail, Gasing Terbang, Bot Berhias dan persembahan kesenian menjadi tarikan.

Turut diadakan ialah Bengkel dan Kelas Masakan Warisan, Demonstrasi Makanan Warisan, ceramah agama serta Pertandingan Memancing dengan tema memancing sambil mengenakan pemakaian kain pelikat dan semutar beramai-ramai.

Lebih menarik, MRTM Aidilfitri 2022 disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 20 Mei lalu.

ZZC_7829

Perdana Menteri beramah mesra bersama OKU yang hadir MRTM Aidilfitri 2022.

Ketika berucap di hadapan Keluarga Malaysia, Ismail berkata sambutan Aidilfitri kali ini menjadi lebih bermakna apabila dirayakan dalam suasana negara yang aman dan sejahtera.

Katanya, suasana aman seperti ini hanya dapat dikecapi jika kita mengamalkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain untuk hidup bersama ibarat sebuah keluarga besar meskipun berbeza ras, budaya dan kepercayaan.

"Saya ingin mengajak seluruh Keluarga Malaysia supaya berpegang kepada konsep Tasamuh yang

menekankan tentang nilai toleransi dan kebersamaan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.

"Tasamuh atau sifat toleransi dalam bermasyarakat akan menjadikan seseorang itu lebih menghargai perbezaan di antara kita.

GAMBAR 4

Nancy Shukri meninjau dan beramah mesra dengan pelukis OKU.

"Ia sewajarnya dijadikan amalan kehidupan seharian bagi mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera," katanya ketika berucap merasmikan MRTM Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge di Kuala Terengganu.

Sementara itu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata kemeriahan MRTM Aidilfitri 2022 melambangkan kesepaduan, keserasian, dan keharmonian kita semua sebagai sebuah

Keluarga Malaysia.

Ujarnya kepelbagaian kaum yang hidup dalam suasana harmoni merupakan identiti unik serta menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke negara ini.

GAMBAR 5

Tinjauan ke gerai yang menjual kuih tradisional.

"Elemen seni budaya yang penuh warna warni inilah menjadi sumber kekuatan kita sehingga dunia

mengenali Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni.

"Ia sekali gus menjadi kunci utama dalam memulih dan merancakkan semula industri pelancongan di Malaysia.

"Terengganu dilihat sebagai sebuah negeri berpotensi besar menjadi destinasi pelancongan utama negara kerana ia kaya dengan kepelbagaian produk pelancongan berteraskan kekayaan alam semula jadi, keunikan budaya kesenian, warisan dan tinggalan sejarahnya tersendiri," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain