MUZIUM Kesenian Islam Malaysia (IAMM) membuka pintunya secara percuma kepada pengunjung pada 25 Jun ini dengan pelbagai program seni dan budaya. Acara itu bersempena dengan Hari Muzium Antarabangsa dan akan berlangsung dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Pengunjung boleh menerokai galeri utama IAMM melalui galeri interaktif dan mengambil bahagian dalam lawatan bersama kurator pada pameran khas berjudul 14 Dynasties and A Region yang memfokuskan kepada pelbagai empayar Islam. Bagi yang meminati seni, pameran mini iaitu Kaligrafi IAMM: Sambutan 20 Tahun Bersama PSKK turut dipamerkan selain persembahan demonstrasi secara langsung mengenai kaligrafi oleh wakil Persatuan Seni Khat Kebangsaan. IAMM buka pintu secara percuma kepada pengunjung pada 25 Jun ini. Tidak hanya itu, curi peluang ini juga untuk menyaksikan demonstrasi daripada jabatan pemuliharaan IAMM dan berinteraksi dengan pustakawan pada pameran buku dari perpustakaan muzium. ARTIKEL BERKAITAN: AirAsia X tawar lebih banyak penerbangan ke destinasi popular... sedia terbang ke London, Dubai dan Istanbul Bagi pelawat cilik berumur empat hingga 12 tahun, mereka boleh menyertai Lost Artefacts Quest iaitu pencarian harta karun interaktif yang berlangsung pada sebelah pagi dan tengah hari. IAMM yang dibuka pada 1998, adalah muzium seni Islam terbesar di Asia Tenggara dengan lebih 7,000 artifak berkaitan Islam ditempatkan. Ia terletak di Jalan Lembah, Tasik Perdana Kuala Lumpur. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI