suria

Wah! Kuala Lumpur tangga ke-3 destinasi global paling popular... Pulau Pinang, Johor Bahru turut masuk senarai

Kuala Lumpur menduduki tempat ketiga destinasi global paling popular 2022. foto FAIHAN GHANI/The Star

WALAUPUN Malaysia mengalami cuaca panas dan lembab sepanjang tahun, namun percutian musim panas tetap menjadi perhatian.

Buktinya, platform percutian digital, Agoda mengumumkan senarai destinasi paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Nampaknya pelancong dari Malaysia berpusu-pusu ke destinasi baharu di seluruh dunia dengan United Kingdom (UK), India, Perancis, Switzerland dan Filipina antara tersenarai sebagai 10 destinasi antarabangsa teratas bagi percutian musim panas ini.

Data tempahan Agoda juga menunjukkan bahawa warga Malaysia bersemangat untuk mengunjungi semula negara-negara jiran yang menjadi kegemaran mereka seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Penang has been ranked the third best island in the world and first in Asia to retire in 2021. - Filepic

Pulau Pinang tersenarai dalam 15 destinasi global paling popular 2022.

Selain itu, destinasi dalam negara tetap menjadi pilihan dengan Kuala Lumpur muncul sebagai destinasi percutian domestik paling popular, diikuti oleh Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Ini menunjukkan bahawa warga Malaysia gemar bercuti di destinasi bandar dan pantai.

Bagi peringkat global, tiga destinasi di Malaysia merangkul kedudukan dalam senarai 15 destinasi percutian musim panas teratas, dengan Kuala Lumpur di tempat ketiga (3), Pulau Pinang (10) dan Johor Bahru (14).

ARTIKEL BERKAITAN: Kos tak sampai RM1,200! Pemuda ini kongsi itinerari travel ke Bangkok naik tren, siap singgah Hatyai

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja nak ke luar negara? Pastikan buat 3 perkara ini sebelum kemas bagasi

Dalam senarai tersebut Bangkok di Thailand mengungguli tempat pertama bagi perjalanan musim panas pada 2022.

bangkok travel

Bangkok merupakan destinasi global paling popular 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Agoda, Omri Morgenshtern berkata, pihaknya menyaksikan kembalinya perjalanan merentas sempadan di seluruh dunia, apabila sekatan telah dilonggarkan.

Menurutnya, ini membuktikan bahawa orang ramai menantikan untuk bercuti ke luar negara semula dan memanfaatkan sepenuhnya percutian dengan melawat destinasi domestik dan antarabangsa di Asia.

"Mengimbau kenangan serta mengunjungi semula destinasi-destinasi yang pernah mereka gemari merupakan tema percutian musim panas ini.

"Melalui Agoda, kami menyasarkan untuk menyediakan pilihan pelancongan terbaik dalam laman web dan aplikasi dengan menawarkan penempahan penginapan, tiket penerbangan serta aktiviti menarik apabila sektor pelancongan mula pulih seperti sediakala," katanya dalam satu kenyataan.

jb travel

Johor Bahru turut menjadi pilihan popular dalam kalangan pelancong.

Berikut destinasi global paling popular 2022:

1. Bangkok, Thailand

2. Pulau Jeju, Korea Selatan

3. Kuala Lumpur, Malaysia

4. Tokyo, Jepun,

5. Seoul, Korea Selatan

6. Singapura

7. Bali, Indonesia

8. Pattaya, Thailand

9. Manila, Filipina

10. Pulau Pinang, Malaysia

11. Hong Kong

12. Busan, Korea Selatan

13. Osaka, Jepun

14. Johor Bahru, Malaysia

15. Taichung, Taiwan

Para pelancong boleh mendapatkan tawaran percutian terbaik dan juga maklumat terkini berkenaan kawalan sempadan atau sekatan kuarantin di www.agoda.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain