suria

Jom didik anak pilih barang runcit, KidZania tawar pengalaman pupuk kesedaran kesihatan sejak kecil

Pelancaran program KidZ & Health di KidZania Kuala Lumpur yang dihadiri rakan kongsi daripada (dari kiri) Avisena Healthcare, Pakar Mata Optimax dan Mission Foods; Pengurus Pemasaran KidZania Kuala Lumpur, Sim Yang Yang dan Mayor KidZania Kuala Lumpur, Mara Whittaker.

SEBAGAI ibu bapa, aspek kesihatan dan kesejahteraan anak-anak adalah perkara prioriti yang diberikan perhatian.

Dek kerana itu, adalah penting untuk memupuk kesedaran mengenai aspek yang satu ini sedari usia anak-anak masih kecil kerana waktu ini, mereka cenderung untuk menjadi pemerhati dan 'peniru' (imitator) yang hebat!

Terpanggil untuk bersama-sama memupuk kesedaran ini, KidZania Kuala Lumpur, pusat edutainment terulung di Malaysia khusus untuk kanak-kanak, melancarkan 'KidZ & Health' yang menyediakan pelbagai program menarik sepanjang Ogos.

Berlangsung sehingga 28 Ogos, inisiatif 'KidZ & Health' bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai topik kesihatan utama dalam kalangan keluarga Malaysia, terutamanya kanak-kanak.

Ia sebagai satu usaha untuk menunjukkan betapa kesihatan dan kesejahteraan adalah perkara asas dalam menjalani kehidupan yang indah.

'KidZ & Health' tampil dengan barisan aktiviti untuk mendidik si kecil dalam cara yang menyeronokkan dan menarik melalui penglibatan mereka di dalam setiap aktiviti permainan.

KIDZANIA 2

Cef cilik, Cef Leah Loy melakukan demonstrasi menyediakan resipi Burito Salsa Ayam sewaktu pelancaran KidZ & Health di KIdZania, sebagai salah satu usaha memupuk kesedaran mengenai kesihatan dalam kalangan kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu pemakanan, kesihatan dan kecergasan, di mana kanak-kanak akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang direka khas untuk membangkitkan dan mencetuskan rasa ingin tahu dalam diri mereka mengenai aspek kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: KidZania kembali dibuka, 3 tarikan terbaharu ini mampu buat anda dan si kecil teruja

"Melalui program yang menarik di sini, kanak-kanak akan lebih memahami sendiri cara untuk menjalani gaya hidup lebih sihat.

"Ini adalah platform untuk mengetengahkan topik yang sering diabaikan, dengan cara menyeronokkan.

"Adalah menjadi harapan kami agar kanak-kanak dapat memahami kepentingan tabiat sihat dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.

"Berbanding hanya mendengar mengenainya daripada ibu bapa, anak-anak kini akan dapat merasainya secara langsung di sini," kata Mayor KidZania Kuala Lumpur, Mara Whittaker.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada rakan kongsi seperti Avisena, Cuckoo, Danolyte, Kodomo, Optimax, Mission Foods, ESCAPE dan Subway.

Melalui program tersebut, kanak-kanak berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti seperti penyediaan senarai barangan runcit dan memilih sumber makanan yang baik, belajar tentang label pemakanan, melibatkan diri dalam demonstrasi memasak, tarian Zumba, mempelajari teknik memberus gigi yang betul dan banyak lagi.

Program ini juga akan menampilkan SeminarZ, iaitu bengkel pada hujung minggu yang menampilkan pakar kesihatan, pemakanan dan kecergasan, di di teater KidZania.

Bengkel ini juga akan disiarkan secara dalam talian melalui platform media sosial KidZania Kuala Lumpur.

Apa yang menarik, kanak-kanak dan ibu bapa mereka juga berpeluang memenangi tiket dan hadiah wang tunai dengan menjalankan dua eksperimen mudah yang memfokuskan kepada kesihatan pergigian dan pemakanan.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk wang tunai sehingga RM3,000 dan SimPass, iaitu pas tahunan ke KidZania Kuala Lumpur, ESCAPE Penang dan ESCAPE Petaling Jaya.

Untuk membolehkan lebih ramai menikmati keseronokan sambil belajar, pelawat juga berpeluang mendapat diskaun lima peratus untuk tiket ke KidZania Kuala Lumpur dengan kod promo KidZ&Health.

Pelawat yang menggunakan kod promo juga layak untuk menyertai cabutan bertuah bagi memenangi SimPass!

Maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti boleh melayari di SINI.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain