KEINDAHAN alam sekitar di Terengganu menjadikan negeri itu sebagai salah satu destinasi pelancongan utama Malaysia. Selain pulau-pulau terkenal seperti Perhentian dan Redang, Terengganu juga kaya dengan keindahan sungai, lata dan air terjun. Namun, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan peka dengan perubahan cuaca bagi mengelakkan sebarang risiko kejadian tidak diingini. ARTIKEL BERKAITAN: Mahu kelainan di Terengganu? Setiu ‘syurga’ pencinta alam semula jadi... Paragliding Bukit Bubus paling menakjubkan! Berikut merupakan senarai lokasi berisiko mengalami fenomena kepala air mengikut daerah di Terengganu: 1. Besut - Air Terjun Lata Tembakah - Air Terjun Lata Belatan - Kolam Air Panas La (La Hot Spring) - Lata Kolam Air Deru Ecopark 2. Setiu - Lata Ulu Kasar - Lata Ulu Kekabu - Lata Chakah - Lata Payung Terengganu kaya dengan keindahan alam semula jadi. Foto: Instagram Johanarmang. 3. Hulu Terengganu - Air Terjun Sekayu - Air Terjun Juwita - Air Terjun Soak - Air Terjun Lasir - Air Terjun Belukar Bukit 4. Dungun - Sungai Loh - Sungai Kelemin - Air Terjun Langsir - Air Terjun Chemerong - Air Terjun Lubuk Kain Orang ramai diminta agar waspada dengan tanda awal fenomena kepala air. 5. Kemaman - Hutan Lipur Menderu - Air Terjun Jeram Tanduk - Sungai Air Puteh - Sungai Cherul 22 lokasi ini dikenal pasti oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu dan turut dikongsi oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi media sosial rasmi miliknya. Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan agar peka dengan empat petanda awal fenomena kepala air. Antaranya bunyi deruan air yang kuat, perubahan air daripada jernih kepada keruh, air menjadi berbuih dan membawa sampah serta peningkatan air secara mendadak. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI