suria

Memang best! 24 gelongsor air buat pengunjung, 3 tarikan ini wajib cuba di SplashMania

SplashMania taman air yang mempunyai 24 gelongsor air keseluruhannya

SEJAK dibuka kepada umum pada 6 Februari lalu, taman air SplashMania mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung yang gemarkan aktiviti luar.

Pelbagai perkara menarik diceritakan warganet mengenai taman air terletak di Gamuda Cove tersebut sehinggakan penulis sendiri teruja untuk mencuba 24 gelongsor air dengan 15 tarikan utama yang hebat diperkatakan di media sosial.

Apatah lagi, SplashMania yang dibina di atas kawasan seluas 18 ekar itu mempunyai sebuah tarikan gelongsor air yang dinamakan The Plunge, iaitu sebuah gelongsor biru lurus yang menjulur keluar dari Amazonia Ship.

Untuk rekod, tarikan gelongsor di SplashMania adalah rekaan Polin Waterparks dan ProSlide Technology yang juga pembangun gelongsor ternama di dunia dengan teknologi luar biasa dengan rekod keselamatan inovatif serta boleh dipercayai.

Untitled design

The Plunge salah satu tarikan gelongsor air di SplashMania.

Di taman air tersebut, pengunjung ditawarkan dengan pelbagai jenis permainan yang ada di antaranya tanpa perlu menggunakan pelampung atau bagi yang sukakan cabaran terdapat beberapa permainan gelongsor ekstrem serta mencabar.

Kalau takut bermain seorang diri, terdapat juga gelongsor yang boleh dimain secara berpasangan dan paling penting terdapat kawasan permainan khusus untuk kanak-kanak.

Bagi penulis sendiri, terdapat tiga gelongsor air yang wajib dicuba bagi yang pertama kali ke sana iaitu The Shaka Waka, The Wild Rush dan The Plunge.

BACA ARTIKEL BERKAITAN : Wah! 24 gelongsor air, 15 tarikan utama... taman air SplashMania menanti anda Januari 2023

Menariknya mengenai Shaka Waka, ia adalah gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78 meter dan dilengkapi kesan cahaya LED serta boleh disesuaikan oleh setiap pengunjung sebelum memulakan permainan.

Sekiranya gelongsor itu belum cukup mencabar, pengunjung boleh mencuba The Wild Rush yang cukup mencabar adrenalin.

Tak sempurna rasanya jika sesebuah taman air tiada pantai dan ombak! Seronoknya di SplashMania, 'pantai' yang terdapat di situ berlatarkan sebuah kapal lanun atau lebih dikenali sebagai Amazonia yang turut mengadakan beberapa persembahan untuk hiburan pengunjung.

VHP_9353

The Wild Rush gelongsor air yang memberi keseronokkan kepada pengunjung.

Sambil bersantai di tepi pantai dan bermain gelongsor, dapat juga berhibur dengan persembahan menarik.

Sementara itu, pengunjung juga tidak perlu bimbang tentang penyimpanan barang kerana di SplashMania ada menyediakan lokar pelbagai saiz yang menggunakan sistem yang cukup sistematik.

Menariknya pengunjung tidak perlu memegang kunci atau kata lalun kerana mereka hanya perlu memasukkan nombor telefon dan mengingati warna lokar sebagai 'kunci'.

Pengguna juga boleh membuka atau mengunci lokar tersebut pada bila-bila masa.

4

Antara pengunjung yang sedang menikmati keseronokkan di SplashMania.

Penulis turut kagum dengan bilik mandi disediakan kerana ia turut mempunyai pilihan air panas selain mempunyai surau disediakan bagi memudahkan mereka yang beragama Islam menunaikan solat.

Lokasi Gamuda Cove yang strategik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di koridor selatan Lembah Klang, serta berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 menjadikannya sangat mudah diakses oleh pelancong tempatan mahupun luar negara.

Aplikasi mudah alih GL Play turut diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan taman untuk menawarkan kemudahan kepada pengunjung dan pelanggannya.

Menerusi aplikasi tersebut, pelanggan dapat membeli tiket mereka lebih awal melalui platform berkenaan.

Pengunjung juga boleh menavigasi kemudahan di taman berkenaan menggunakan ciri peta taman dan memesan makanan serta minuman tanpa perlu beratur.

Selain itu, SplashMania sedang membuat promosi early bird iaitu harga bagi orang dewasa adalah RM79 manakala kanak-kanak dan warga emas cuma RM63 termasuk foto digital tanpa had.

Promosi tersebut sah sehingga 31 Mac 2023 sahaja.

Seterusnya SplashMania juga sedang membuat promosi purchase with purchase, iaitu dengan membeli tiket SplashMania anda turut dapat diskaun sebanyak 50% untuk tarikan di bawah GL Play.

Dari 24 sehingga 26 Februari 2023 akan berlangsungnya Jom Cuti Cuti Malaysia Roadshow di The Curve, Mutiara Damansara, dengan pembelian tiket SplashMania, anda juga boleh dapatkan Tiket Discovery Park secara percuma di mana tiket Discovery Park termasuk tiket untuk Goosebumps Rope Course dan menaiki Aerobar.

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan tiket anda sekarang di Gamuda Land atau ke Facebook serta Instagram glplay.my untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain