suria

Bukan sekadar berhibur, SplashMania lokasi ideal beriadah... Pelbagai aktiviti dengan pakej menarik, sangat berbaloi!

SplashMania menawarkan pengalaman riadah yang tidak dapat dilupakan buat pengunjung.

BAGAIKAN trend, orang ramai kini beralih kepada lokasi tumpuan yang menghimpunkan tempat riadah dan pelbagai elemen menarik serta unik dalam perbandaran baharu seperti Bandar Gamuda Cove.

Dikelilingi kehijauan alam semula jadi, Bandar Gamuda Cove yang berdekatan dengan Hutan Simpan Kuala Langat di Selangor merupakan gabungan komponen kediaman, komersial, rekreasi dan hiburan yang terbaik.

Terletak di lokasi strategik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di koridor selatan Lembah Klang, serta berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, Bandar Gamuda Cove mudah diakses oleh orang ramai terutamanya pengunjung tempatan dan luar negara.

Ia bukan sekadar kawasan residensi dan perniagaan, malah ia mempunyai tiga taman yang merangkumi pelbagai elemen menarik termasuk adventure, nature dan aktiviti air!

SM_Kids-7248

SplashMania menawarkan 39 gelongsor air & tarikan utama buat pengunjung.

Salah satu daripada tiga taman tersebut sudah tentu taman air SplashMania yang menjadi sebutan ramai sejak ia dibuka pada Februari 2023 lalu.

Terdiri daripada 24 gelongsor air dan 15 tarikan utama, SplashMania mempunyai daya tarikan yang tersendiri seperti Shaka Waka, iaitu gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78 meter dan dilengkapi kesan cahaya LED.

Bagi mereka yang berani, cabar adrenalin anda dengan mencuba The Plunge; gelongsor enam tingkat ke bawah dengan kelajuan yang cukup mendebarkan.

team building 1

Kemeriahan di SplashMania menjadikan pengalaman pengunjung lebih bermakna.

Bukan sahaja tempat riadah dan rekreasi, SplashMania juga merupakan lokasi ideal untuk mengadakan pelbagai acara menarik seperti parti, hari keluarga dan team building.

Di SplashMania, diperkenalkan Splash Attack yang merupakan program team building yang direka untuk melatih peserta mendalami dan menguasai kerja berpasukan termasuk merancang dan menyusun strategi dengan baik di sesebuah organisasi.​

pakej 5

SplashMania, Discovery Park dan Paya Indah Discovery Wetlands sesuai untuk pelbagai acara dan majlis.

Selain SplashMania, dua lokasi tumpuan riadah di Bandar Gamuda Cove iaitu Discovery Park dan Paya Indah Discovery Wetlands turut menjadi tarikan ramai.

Sebagai zon rekreasi dan pengembaraan untuk Gamuda Cove, Discovery Park seluas 9.3 hektar menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Discovery Park menawarkan pengalaman pengembaraan yang menampilkan Cove Aerobar, Goosebumps Rope Course dan Beach Pool Club.

Ini termasuk penambahan baru Electric Go-karting, Paintball Target Shooting, Paintball War Game, Achery dan banyak lagi.

dis park

Discovery Park menjadi tumpuan bagi mereka yang gemar aktiviti outdoor dan adventure.

Bagi mereka yang gemar aktiviti outdoor dan adventure, Paya Indah Discovery Wetlands adalah pilihan yang tepat kerana menawarkan pengalaman pengembaraan alam semula jadi.

Tarikan dengan keluasan 1,111 ekar tanah lembap ini merupakan satu kawasan habitat kepada pelbagai hidupan liar.

Pengunjung boleh menikmati aktiviti ‘Boat Cruise’, Safari Ride sambil memberi makan kepada badak air dan buaya, aktiviti berkhemah, memancing dan banyak lagi.

pidw

Di Paya Indah Discovery Wetlands, pengunjung boleh menikmati pelayaran matahari terbenam, safari, memberi makan haiwan dan banyak aktiviti lain.

Dua tarikan ini juga merupakan lokasi terbaik untuk pelbagai acara dan majlis serta team building mengikut pilihan dan kesesuaian keluarga dan korporat.

Dilengkapi dengan kemudahan ruang persidangan atau bilik mesyuarat serta kawasan rekreasi yang sesuai untuk anjuran hari jadi, acara korporat, rombongan sekolah serta hari keluarga.

team building 2

Selain aktiviti menyeronokkan, ia turut mengeratkan hubungan silaturahim.

Apa yang pasti, ia akan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk para pengunjung pelbagai peringkat umur.

Mengenai pakej pula, harga yang ditawarkan bagi setiap acara atau majlis yang dianjurkan ternyata sangat berbaloi!

pic team building

Pakej bagi acara team building ditawarkan pada harga yang berbaloi.

Bagi acara team building di SplashMania, harga pakej Splash Attack Team Building adalah antara RM228 setiap seorang (separuh hari) dan RM268 setiap seorang (satu hari).

Pakej menarik ini termasuk bayaran masuk SplashMania, program yang disediakan, lokasi untuk acara, makan tengah hari dan cenderamata.

team building 3

Keseronokan pengunjung melakukan aktiviti yang dianjurkan.

Pakej Hari Keluarga pula berharga dari RM165 bagi dewasa dan RM140 untuk kanak-kanak serta warga emas.

Selain itu, pelbagai pakej menarik yang disediakan mengikut pilihan dan citarasa seperti pakej hari jadi, pakej mesyuarat dan pakej ‘Free & Easy’.

Setiap acara atau aktiviti ini memerlukan sekurang-kurangnya 30 orang.

fam day

Acara hari keluarga anda pasti menyeronokkan di SplashMania.

Kesemua pakej yang ditawarkan menarik dan memberi nilai berganda. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan 'group', sila e-mel [email protected] atau layari laman web https://www.glplay.com.my/

Pelbagai tawaran harga menarik diperkenalkan mengikut musim dan pakej kombo nilai baharu serta promosi yang tiada tandingan yang pasti membuatkan anda lebih teruja!

Jadi tunggu apa lagi? Tempah tiket anda sekarang di glplay.com.my dan nikmati percutian riadah terhebat dan menyeronokkan!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain