JATUH cinta pandang pertama. Begitulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan pengalaman Siti Nur Rahmah, 36, setelah menjejakkan kaki ke Shanghai, China. Sebagaimana dikongsikan kepada mStar, dia pada mulanya tidak begitu teruja untuk ke sana memandangkan ia merupakan satu trip untuk bekerja. Namun, segalanya berubah apabila Rahmah melihat sendiri tahap kemajuan dan kebersihan kota itu selama enam hari lima malam berada di bandar Shanghai. 1) Suasana sekitar bandar Shanghai adalah sebuah bandar yang maju dan tahap kebersihannya jauh lebih baik berbanding Singapura, menurut Rahmah. Kebanyakan pengguna memilih pengangkutan awam kereta elektrik atau EV (Electric Vehicle) membuatkan udara mereka menjadi lebih segar. Masalah kesesakan lalu lintas tiada di bandar itu memandangkan kebanyakan destinasi boleh diakses dengan menggunakan pengangkutan awam sahaja. Wanita ini menggunakan perkhidmatan awam sepanjang berada di Shanghai. 2) Kecanggihan perkhidmatan disediakan Superapps merupakan aplikasi sangat popular dalam kalangan penduduk sekitar untuk penggunaan pengangkutan awam e-Hailing, juga transaksi pembayaran menggunakan Alipay. Semua transaksi dilakukan secara digital kerana lebih selamat dan boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa tipu helah scammer dan penjenayah. Aplikasi Waze yang canggih membolehkan Rahmah melihat jumlah lampu isyarat dan lorong jalan perlu digunakan dengan antara muka (interface) tiga dan empat dimensi. Jadi, menurut Rahmah yang menetap di Bangi, Selangor ini, adalah mustahil sekiranya kita boleh tersesat ketika berjalan di Shanghai. Hampir segala data mengenai diri diketahui apabila menggunakan aplikasi disediakan. Malah, sistem berkenaan boleh menunjukkan jumlah individu yang menggunakan tandas awam. Keharmonian negara juga dapat dikekalkan dengan menyekat segala aplikasi seperti Google, Facebook, WhatsApp, Youtube dan banyak lagi. Rahmah bercuti selama enam hari lima malam di kota Shanghai. 3. Masyarakat dan budaya Kebanyakan mereka masih sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris menyebabkan adanya jurang (language barrier) dalam perbualan. Namun, Rahmah menggunakan aplikasi terjemahan, Translator dan Scanner dalam telefon pintarnya untuk memudahkan dirinya berinteraksi dengan penduduk tempatan. Ujarnya lagi, dia begitu terharu dengan sikap masyarakat Shanghai begitu sopan, baik, menepati masa, sangat rajin dan menghormati orang lain. Menyentuh isu perancangan keluarga, penduduk di negara itu hanya dibenarkan untuk memiliki seorang anak sahaja membuatkan masyarakat Shanghai janggal mengetahui Rahmah memiliki tiga cahaya mata. Jelas Rahmah, makanan halal sukar untuk diperoleh namun segalanya dihujung jari apabila dia hanya perlu membuat pesanan melalui aplikasi disediakan sahaja. Kemudahan tandas yang canggih dapat dilihat ketika berkunjung di pusat beli belah Shanghai. 4. Kerjaya warga kota Kebanyakan individu bekerja di bandar menetap luar Shanghai. Jadi mereka terbiasa menaiki kereta api sehingga dua jam perjalanan sehala untuk ke tempat kerja. Kata Rahmah, pengecualian cukai di Shanghai adalah tinggi dan ditambah pula dengan insurans kesihatan sehingga lebih 45 peratus. Lebih mengujakan lagi apabila Rahmah tidak menjumpai seorang pun peminta sedekah mahupun gelandangan sepanjang berada di sana. Ini kerana negara tersebut sudah melepasi kadar kemiskinan disebabkan oleh peluang pekerjaan dari segi ekonomi gig (kerjaya berasaskan kontrak jangka pendek atau dilakukan secara bebas (freelance)). Rahmah mengambil peluang melihat The Bund ketika di Shanghai. Dalam pada itu, Rahmah yang merupakan seorang jurulatih mewakili syarikatnya ini juga menyarankan untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri keunikan The Bund. Ketika berada di lokasi tersebut, anda boleh melihat dua pemandangan berbeza serentak iaitu Old Shanghai yang dipelihara dengan bangunan-bangunan lama dan New Shanghai begitu tersergam indah dengan pembangunan mencakar langit. Berkongsi mengenai kos perbelanjaan, Rahmah membelanjakan RM300/hari untuk penginapan hotel, RM100 untuk pengangkutan serta RM300 untuk makanan. Sebagai persiapan, wanita itu menitipkan pesanan supaya mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Shanghai untuk memuat turun aplikasi disebutkan. Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya mereka mengkaji mengenai pengangkutan awam di Shanghai sebagai 'mode of transportation' bagi memudahkan urusan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube