suria

Banyak hotel ada tingkap tapi tak boleh buka! Selain faktor keselamatan, ini sebab lain anda tak pernah terfikir

Tingkap bilik hotel yang tidak boleh dibuka adalah atas faktor keselamatan. -Gambar hiasan

PERNAHKAH anda tertanya mengapa ada sesetengah tingkap atau jendela bilik hotel tidak boleh dibuka?

Ini bukanlah perkara baharu, malah kebanyakan hotel di seluruh dunia direka dengan tingkap yang tertutup rapat.

Walaupun kajian sejak 1990an menunjukkan bahawa tetamu lebih suka menginap tingkap yang boleh dibuka, kebanyakan hotel masih memilih untuk mengekalkan amalan ini.

Menurut portal Mental Floss, terdapat empat sebab kenapa tingkap-tingkap hotel tidak boleh dibuka.

1. Keselamatan dan liabiliti

Tingkap yang boleh dibuka meningkatkan risiko kecederaan atau kematian akibat jatuh, sama ada secara sengaja (bunuh diri) atau tidak (pengaruh alkohol, kanak-kanak tanpa pengawasan).

Kes mahkamah menunjukkan bahawa hotel boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku kemalangan berkaitan tingkap yang terbuka.

Gathy’s vision for One&Only One Za’abeel Dubai takes inspiration from its locale, meaning ‘white sand’ in the local Emirati dialect. -One&Only One Za’abeel

Di hotel, hanya sesetengah sliding door sahaja boleh dibuka.

2. Keselamatan daripada pencerobohan

Jendela yang boleh dibuka, terutamanya di tingkat bawah meningkatkan risiko kecurian jika tetamu meninggalkan bilik dalam keadaan tidak berkunci.

3. Penjimatan kos tenaga

Hotel mengawal suhu bilik dengan sistem penghawa dingin.

Jika tetamu membuka tingkap sambil menggunakan penghawa dingin, penggunaan tenaga akan meningkat menyebabkan kos operasi lebih tinggi.

4. Penyelenggaraan

Kos pembaikan dan penyelenggaraan dapat dikurangkan sekiranya tingkap tertutup berbanding yang boleh dibuka seperti membuang habuk yang dibawa dari udara luar.

Walaupun kebanyakan hotel mengekalkan tingkap tertutup, sesetengahnya menyediakan jendela dengan had bukaan kecil menggunakan sekatan keselamatan.

Ada juga hotel yang membenarkan tetamu membuka tingkap sepenuhnya dengan menandatangani surat pelepasan tanggungjawab.

Alternatif lain ialah memilih bilik dengan pintu gelangsar (sliding door) dan balkoni untuk menikmati udara segar.

Artikel Lain