SEBUT sahaja Hard Rock, pasti anda semua sudah tahu bahawa jenama ini boleh didapati di seluruh dunia sama ada rangkaian kafe mahupun hotel. Sehingga kini, jenama terkemuka ini beroperasi di 262 lokasi melibatkan 76 buah negara. Di Malaysia sahaja, terdapat beberapa cawangan Hard Rock Cafe yang boleh anda kunjungi iaitu di Kuala Lumpur, Melaka dan Kota Kinabalu. Baru-baru ini, mStar berpeluang mencuba menu baharu di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang mana lebih daripada 20 menu baharu diperkenalkan, antaranya award-winning burger steak yang disaluti lembaran emas 24 karat. ARTIKEL BERKAITAN: Nikmatnya burger California Cheese Skirt! Sekali gigit terus rasa ‘melayang’ Bukan burger steak sahaja, kafe ini turut memperkenalkan beberapa menu baharu berkonsepkan Instagram-worthy yang harus anda cuba. 24 Karat Gold Leaf Steak Burger Antara menu baharu berkonsepkan 'Insta-worthy' yang diperkenalkan oleh Hard Rock Cafe. Foto: AZLINA ABDULLAH/The Star Tak dinafikan, kafe ini adalah salah sebuah lokasi makan yang menghasilkan burger steak yang sangat sedap! Hidangan anda pastinya lebih menarik dengan kilauan emas yang dihidangkan bersama-sama daging burger yang juicy. "Kami begitu teruja untuk memperkenalkan award-winning burger steak, Instagram-worthy milkshake, slider (burger mini) kepada tetamu tentang makanan kami yang bertaraf world class," ujar Pengurus Jualan dan Pemasaran Hard Rock Cafe Malaysia, Danish Zulfiqar. Danish Zulfiqar memberitahu semua menu baru ini berkonsepkan Insta-worthy. Foto: AZLINA ABDULLAH/The Star Tengok gambar pun dah sedap kan? Penulis dapat jamin, anda tidak akan jumpa burger seperti ini di tempat lain! Dengan menggunakan motto 'Love All - Serve All', Hard Rock Cafe bakal memberikan sebahagian hasil jualannya kepada SUKA Society yang merupakan sebuah rumah kebajikan kanak-kanak. The Original Legendary Burger Gabungan rasa yang menarik serta portion yang besar pasti membuatkan anda sangat berpuas hati dengan menu ini. Foto: AZLINA ABDULLAH/The Star Menu ini sangat digemari ramai. Nak tahu kenapa? Anda perlu cuba terlebih dahulu dan pasti anda tahu sebabnya! Dihidangkan bersama daging Black Angus Steak Burger seberat 227 gram berserta daging ayam belanda yang disalai, keju cheddar, gegelang bawang goreng, salad dan tomato membuatkan ia sangat menarik. Dengan saiz burger yang besar dan dicicah pula dengan sos signature, fuh... memang terangkat! Cowboy Ribeye Tekstur ribeye yang juicy membuatkan rasanya begitu eksklusif. Foto: AZLINA ABDULLAH/The Star Bagi penggemar steak, anda wajib mencuba ribeye yang boleh dikatakan the best in town! Daging seberat 454 gram ini digrill dan dihidangkan bersama mentega, kentang putar dan sayur-sayuran yang segar membuatkan anda akan tak berhenti makan! Pendek cerita, memang 'ngam' ni. One Night In Bangkok Spicy Shrimp Sos yang tidak terlalu pedas ini sesuai untuk semua peringkat umur. Jika sebelum ini menu ini hanya boleh didapati di Hard Rock Bangkok, Thailand, kini anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk ke sana. Penulis sangat menggemari menu ini. Bukan apa, rasanya sangat unik hasil gabungan udang yang digoreng rangup dengan sos pedas-pedas manis ditaburi daun bawang dan juga bijan. Menu ini sesuai untuk dijadikan sebagai menu sampingan atau juga sebagai menu ringan bagi mereka yang mahukan pilihan selain daripada makanan berat. Strawberry Cheesecake Milkshake dan Cookies & Cream Milkshake Bukan sahaja nampak menarik, rasa milkshake ini juga sangat sedap. Foto: AZLINA ABDULLAH/The Star Milkshake ini didatangkan dengan dua pilihan perisa iaitu Cookies & Cream dan Strawberry Cheesecake. Tambahan pula gabungan aiskrim Haagen-Dazs berperisa vanila, memang 'meletup' rasanya. Tahap kemanisannya juga tidak terlalu over. Bagi mengekalkan tema Insta-worthy, dua hidangan ini dihias dengan taburan chocolate rice di atasnya bagi memeriahkan dan mencantikkan lagi hidangan tersebut. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk mengambil gambar hidangan terlebih dahulu untuk dimuat naik ke media sosial sebelum menjamu selera. Oleh itu, milkshake ini mungkin sangat sesuai buat anda!